CYBERJAYA: Tiada rekod menunjukkan ekspatriat yang bekerja di Malaysia mengelak daripada membayar cukai yang dikenakan kepada mereka, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata ini kerana pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya.
"Setakat ini belum ada lagi (ekspatriat gagal bayar cukai), semua mematuhi syarat cukai ini kerana jika mereka didapati tidak membayar cukai untuk tahun berkenaan, pas ekspatriat mereka tidak akan diperbaharui dan ini adalah satu daripada syarat utama untuk membolehkan mereka terus bekerja di negara kita," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen (JIM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan perkongsian maklumat berkenaan ekspatriat di sini hari ini.
MoU yang berkuat kuasa hingga 2025 itu ditandatangani Khairul Dzaimee bagi pihak JIM dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi, dengan disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
IMIGRESEN-EKSPATRIAT 2 (AKHIR) CYBERJAYA
MoU berkenaan merupakan kesinambungan daripada MoU pertama yang ditandatangani pada 19 Jun 2014 bagi tempoh lima tahun dan berakhir pada 18 Jun 2019.
Antara data yang dikongsikan menerusi MoU itu meliputi maklumat seperti nama, kewarganegaraan, nombor pasport, rekod keluar dan masuk Malaysia serta tarikh tempoh sah laku pas ekspatriat.
Khairul Dzaimee berkata menerusi kerjasama itu, JIM boleh menghalang mana-mana ekspatriat yang tidak membayar cukai untuk keluar dari Malaysia.
Beliau berkata statistik LHDN dari 2014 hingga 2019 menunjukkan jumlah kutipan cukai daripada ekspatriat meningkat setiap tahun iaitu RM1.06 bilion pada 2014, RM1.5 bilion pada 2015, RM2.04 bilion (2016), RM2.8 bilion (2017), RM3.3 bilion (2018) dan RM3.6 bilion pada 2019.
Menurutnya, kutipan cukai daripada ekspatriat berkurangan pada 2020 dan 2021 masing-masing RM3.1 bilion dan RM2.5 bilion akibat pandemik COVID-19.
Sehingga kini, sebanyak 162,170 individu memegang pas aktif ekspatriat dengan 99,200 merupakan pemegang pas prinsipal dan 62,970 pas tanggungan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Khairul Dzaimee berkata, pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Kerajaan tidak benarkan ekspatriat bercuti jika sudah masuk Malaysia
Ekspatriat yang telah dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bekerja atau menguruskan syarikat mereka tidak dibenarkan keluar Malaysia untuk bercuti.