awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekatan jalan raya sepanjang Op Bersepadu Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
20/01/2023
13:18 MYT
Tiada sekatan jalan raya sepanjang Op Bersepadu Tahun Baharu Cina
JPJ memberi jaminan tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sepanjang Operasi Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Op Bersepadu bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramly.
Bercakap kepada pemberita selepas kempen advokasi keselamatan jalan raya sempena perayaan itu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini, beliau berkata ia bertujuan mengelakkan kesesakan trafik berikutan pertambahan jumlah kenderaan semasa cuti perayaan berkenaan.
Beliau berkata JPJ bagaimanapun akan mengerakkan 2,000 pegawai dan anggota untuk melaksanakan rondaan bersasar di kawasan hotspot kemalangan selain mengambil tindakan ke atas pemandu yang memandu secara berbahaya.
Selain itu, beliau berkata JPJ juga akan membuat penyamaran sebagai penumpang di dalam beberapa buah bas terpilih di seluruh negara bagi memantau tahap pematuhan pemandu terhadap aspek keselamatan jalan raya sepanjang perjalanan.
"Sekiranya didapati ada kesalahan dilakukan oleh pemandu bas seperti yang tersenarai di bawah tujuh kesalahan utama Op Bersepadu kali ini, tindakan akan diambil terhadapnya dan pengusaha bas berkenaan.
"Mana-mana pemandu yang dikenakan tindakan saman atau kompaun melibatkan tujuh kesalahan tersebut akan dikenakan mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang boleh menyebabkan lesennya digantung atau dibatalkan," katanya.
Tujuh kesalahan itu melibatkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.
Aedy Fadly berkata selain itu, pemeriksaan ke atas bas di 77 depoh serta 28 terminal utama seluruh negara juga akan dilaksanakan, merangkumi aspek pemeriksaan teknikal bas ekpres selain melakukan saringan urin bagi memastikan pemandu bebas daripada pengaruh dadah.
Op Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina dilaksanakan di seluruh negara bermula Rabu lepas (18 Jan) sehingga 28 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#operasi bersepadu
#Sekatan Jalan Raya
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan