awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'

Khalis Khadir
Khalis Khadir
09/01/2025
12:09 MYT
Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ruhaizad Zahari berkata, pemilik restoran mendakwa, pelekat itu diberikan oleh pelanggannya dan tidak pernah tahu tindakan sedemikian adalah salah. - Foto Astro AWANI/Firdaus Mohari
KUALA LUMPUR: Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.
Itu taktik dibongkar selepas sebuah restoran di Balakong, Selangor diserbu hari ini oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas disyaki melanggar undang-undang berkaitan halal.
“Kawan-kawan dan pelanggan yang suruh saya letak pelekat ‘Muslim Kitchen’ itu, mereka yang bagi pelekat itu, saya pun tidak faham, adakah saya salah? Mungkin ini salah faham sahaja,” kata pemilik restoran itu yang sudah beroperasi sejak empat bulan lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kajang, Ruhaizad Zahari berkata, operasi bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dibuat berasaskan aduan orang awam.
Walaupun pemeriksaan KPDN mendapati premis mematuhi dari aspek pemilikan had kuota barang kawalan yang diguna untuk perniagaan, namun tidak untuk perbahasan bab halal.
“Ingin saya nasihatkan mana-mana premis makanan yang tidak mempunyai persijilan halal, tidak boleh menggunakan apa-apa perkataan atau hiasan seperti contoh bufet Ramadan menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menggunakan apa-apa petunjuk yang menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam.
Ruhaizad menegaskan, jika ada premis tanpa sijil halal bertindak sedemikian, jangan katakan pihak berkuasa pejam mata sebaliknya lapor terus kepada KPDN.
Topic Berkaitan
#kpdn
#JAIS
#sijil halal
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan