awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sumpah, cuma respon - Suhaimi Saad jawab Angkasawan Negara

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2019
02:28 MYT
Tiada sumpah, cuma respon - Suhaimi Saad jawab Angkasawan Negara
SUHAIMI SAAD mendakwa Dr. Sheikh Muszaphar tidak faham maksud sumpah.
PENYANYI nasyid Suhaimi Saad mendakwa, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak menyahut cabarannya untuk bersumpah mengatakan bumi ini berbentuk sfera.
Sebaliknya, katanya, Angkasawan Negara itu hanya menyebut lafaz zikir apabila menegaskan menerusi akaun Instagram beliau bahawa bumi ini memang berbentuk sfera.
"Apa pun, terima kasih doktor ya, sebab sudi respon," kata Suhaimi hari ini menerusi akaun Facebooknya yang menggunakan nama Mosus.
Dia turut menambah tanda pagar #tiadasumpah #cumarespon dan #takfahammaksudsumpah di hujung ayatnya.
"Mungkin Dr tak berapa jelas apa yang SS (Suhaimi Saad) maksudkan dengan sumpah. Walaupun sebenarnya SS dah tulis dengan jelas.
"MasyaAllah SubhanAllah dan In the name of Allah bukan lafaz sumpah. Itu zikir biasa. Takpalah. SS cuma cabar sahaja. SS tak paksa pun Dr sumpah. Mungkin Dr tak suka bersumpah. #husnuzon," katanya.
Oleh itu, kata Suhaimi, dia tidak akan menghentikan kajiannya dan akan terus berpegang pada fahamannya yang antara lain mempercayai bahawa saiz matahari dan bulan adalah hampir sama.
Dia juga katanya tidak dapat menyampaikan dakwah kepada golongan 'Flat Earth' yang mempercayai bumi ini sebenarnya rata.
Terdahulu hari ini, Sheikh Muszaphar tampil memberi penjelasan mengenai bentuk sebenar bumi yang menjadi keraguan segelintir pihak.
BACA: Tahukah anda berapa kali angkasawan negara kita ambil gambar di angkasa lepas?
BACA: Bumi rata? Ini jawapan Angkasawan Negara
Pada Rabu, Suhaimi menerusi Facebooknya mencabar Angkasawan Negara bersumpah mengatakan: "Bumi ini bulat sfera. NASA bercakap benar."
Dia juga meminta netizen menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam Al-Quran menerusi Surah al-Mulk, jika benar bumi ini sfera.
View this post on Instagram
Pic - Is the Earth flat ? Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ... Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ... Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr Laungan Azan kedengaran seketika Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi Melihat Bumi dengan mata sendiri Degupan jantung berhenti seketika Meremang Bulu Roma Mata tidak terkebil Melihat Kebesaran Maha Pencipta Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ... Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana MasyaAllah ...SubhanAllah ... And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator . Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole . It makes you a true believer on the Creator The experience is truly amazing and spectacular. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers But here I am sharing you my experience of what I have seen . In the name of Allah it comes from my heart Salam Jumaat Everyone ... Semoga mendapat Barakah semua . Amiinn ... Love As Always ... PS - Just wanted to straighten the facts !
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Feb 14, 2019 at 4:04pm PST
Topic Berkaitan
#Angkasa
#Bumi
#cabar
#sfera
#Sheikh Muszaphar Shukor
#Suhaimi Saad
#Sumpah
#zikir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan