Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada telur tiruan dijual di pasaran tempatan selain meminta orang ramai tidak perlu risau mengenai isu tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang disebarkan melalui laman sosial termasuk laporan berkenaan menyatakan bahawa wujudnya penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang menyamai telur asli.
"Pada tahun 2011 isu yang sama juga telah ditimbulkan dengan dakwaan wujudnya telur tiruan yang mengandungi bahan-bahan kimia dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat.
"Kuning dan putih telur diperbuat dari natrium alginate, alum, gelatine, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan bahan pewarna makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.
Tambah Dr. Noor Hisham, pihaknya memandang serius isu ini selain memaklumkan perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14(1) dan 14(2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"Seksyen 14(1) menyatakan larangan menjual apa-apa makanan yang bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Seksyen 14(2) pula melindungi pembeli yang meminta untuk membeli makanan yang mematuhi Akta ini.
"Peraturan 171(1) memperuntukkan definisi telur di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," ujarnya.
Sehubungan itu Dr. Noor Hisham berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my.
Pada 2011, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di negara ini supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Astro Awani
Mon Sep 22 2014
KP KESIHATAN: Tiada telur tiruan dijual di pasaran
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
Tiada telur tiruan dijual di pasaran - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada telur tiruan dijual di pasaran tempatan selain meminta orang ramai tidak perlu risau mengenai isu tersebut.