awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
PM UK, Keir Starmer adakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping di Beijing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal, ia bersifat sukarela - KP JAKIM

Bernama
Bernama
29/12/2024
20:15 MYT
Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal, ia bersifat sukarela - KP JAKIM
Sirajuddin berkata permohonan SPHM terbuka kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan piawaian, standard serta perundangan yang berkuat kuasa. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Sirajuddin Suhaimee.
Beliau berkata permohonan SPHM terbuka kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan piawaian, standard serta perundangan yang berkuat kuasa.
"Ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang sijl melalui tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Berhubung tindakan satu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewajibkan pengusaha premis makanan dan minuman memiliki SPHM sebelum memperbaharu lesen perniagaan, Sirajuddin berkata ia merupakan usaha PBT berkenaan untuk meningkatkan bilangan pemegang SPHM di bawah pentadbirannya.
Namun, beliau berkata pihaknya berharap agar PBT terbabit dapat memberikan penjelasan yang tuntas dan menyeluruh bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pengusaha dan orang ramai.
Mengulas lanjut, Sirajuddin berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri-negeri sentiasa bertindak aktif menggalakkan pengusaha memohon SPHM dan dalam masa yang sama, menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai agensi pembimbing pada peringkat Persekutuan dan negeri.
"Hal ini kerana sebagai pemegang SPHM, ia akan memberi jaminan kualiti kepada produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan dan nilai tambah kepada perniagaan dalam memperluas pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#pbt
#sijil halal
#sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan