awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin

Bernama
Bernama
04/11/2024
23:15 MYT
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Tian Chua (tengah) puji usaha rakyat Malaysia memperjuangkan hak Palestin tetapi menekankan keperluan untuk mendesak kerajaan agar bertanggungjawab, dengan menyeru tekanan maksimum terhadap kerajaan bagi mengambil tindakan tegas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, menyeru perubahan besar dalam strategi untuk menangani krisis berterusan di Gaza, termasuk tindakan ekonomi yang lebih tegas dan sekatan terhadap rejim Zionis.
Beliau berkata, situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid.
"Kita telah sampai ke tahap di mana kita perlu berbuat lebih. Apa yang berlaku di Gaza adalah satu-satunya definisi sebenar genosid.
Hasrat yang jelas untuk menghapuskan keseluruhan kumpulan manusia menjadikan penggunaan istilah genosid lain kelihatan remeh," katanya pada "Persidangan mengenai Palestin: Meneliti Perspektif Asia" yang diadakan, di sini, pada Isnin.
Tian Chua memuji usaha rakyat Malaysia dalam memperjuangkan hak Palestin tetapi menekankan keperluan untuk mendesak kerajaan agar bertanggungjawab, dengan menyeru tekanan maksimum terhadap kerajaan bagi mengambil tindakan tegas.
Beliau menekankan perlunya lebih daripada sekadar bantuan kemanusiaan, mencadangkan bahawa Asia, termasuk Malaysia dan ASEAN harus memaksimumkan potensi ekonomi mereka untuk memberi tekanan kepada Israel.
Beliau juga berkata, negara-negara yang bersekongkol dengan jenayah Israel perlu dipertanggungjawabkan dan dikenakan sekatan.
Tian Chua turut mengkritik pendekatan selektif komuniti antarabangsa terhadap sekatan, serta kepura-puraan dalam sistem perdagangan global, di mana Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap sebahagian besar penduduk dunia, termasuk negara seperti China, Korea Utara, dan Iran.
"Mengapa kita perlu tunduk kepada sistem perdagangan mereka atau intimidasi mereka? Kerajaan mesti memimpin dalam meningkatkan usaha kita untuk memberikan kesan ekonomi demi pembebasan Palestin," katanya.
Seorang lagi panelis dalam persidangan itu, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Nor Aishah Hanifa ketika membincangkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekankan bahawa organisasi itu bukanlah satu pihak berkuasa global dengan kuasa mutlak ke atas negara-negara anggotanya.
"PBB ditubuhkan untuk memupuk persahabatan antara negara selepas Perang Dunia Kedua dan menginspirasikan keamanan dalam kalangan negara. Ia tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan negara-negara anggota organisasinya," katanya.
Beliau berpendapat, kekangan asas ini adalah sebab mengapa PBB tidak dapat bertindak untuk menghentikan tindakan Israel di Timur Tengah.
Acara sehari itu, yang dianjurkan oleh Pusat Timur Tengah Asia (AMEC) dengan kerjasama Pusat Kajian Palestin Hashim Sani dan Universiti Malaya, bertujuan menonjolkan sumbangan negara-negara Asia kepada perjuangan Palestin.
- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#definisi genosid
#sekatan ekonomi
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan