awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiap seorang daripada 20 kanak-kanak alami gangguan mental - Noor Azmi

Bernama
Bernama
29/08/2022
09:58 MYT
Tiap seorang daripada 20 kanak-kanak alami gangguan mental - Noor Azmi
NHMS juga mendapati kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah mental, tetapi ramai yang tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menganggarkan tiap seorang daripada 20 kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun di Malaysia mengalami gangguan mental, termasuk gangguan dari segi perkembangannya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Bercakap kepada media selepas melancarkan Laporan dan Infografik Negara Malaysia: Memperkukuh Sistem dan Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) untuk Kanak-kanak dan Remaja di Rantau Asia Timur dan Pasifik di sini hari ini, beliau berkata tinjauan itu juga mendapati tiap seorang daripada lapan remaja berumur 10 hingga 19 tahun mengalami gangguan mental.
Katanya NHMS juga mendapati kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah mental, tetapi ramai yang tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.
"Di Malaysia, kanak-kanak dan remaja mengalami beban kesihatan mental yang teruk," katanya dan menambah antara faktor risiko adalah kesihatan mental yang lemah, pendedahan kepada keganasan, penganiayaan rakan sebaya dan buli, kesunyian dan pengasingan sosial amat berleluasa.
Mengenai MHPSS, Dr Noor Azmi berkata laporan itu menekankan jurang kritikal dalam tindak balas dan cabaran semasa pelaksanaan MHPSS dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, termasuk kesukaran atau akses terhad kepada perkhidmatan bagi menangani masalah kesihatan mental, kekurangan pemerkasaan undang-undang dan dasar sedia ada, kelemahan dalam komunikasi dan penyelarasan antara sektor, serta pembiayaan yang tidak mencukupi.
Dr Noor Azmi berkata Kementerian Kesihatan juga komited untuk menterjemahkan penemuan penyelidikan MHPSS kepada dasar dan amalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#gangguan mental
#tinjauan
#Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
#NHMS 2019
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Azmi Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan