awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
01/02/2026
11:21 MYT
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, langkah itu diambil susulan reaksi dan kecaman orang ramai terhadap cadangan penganjuran festival berkenaan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyesuaikan penganjuran Festival Muzikal Air agar selari dengan sensitiviti masyarakat, nilai tempatan serta imej negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil susulan reaksi dan kecaman orang ramai terhadap cadangan penganjuran festival berkenaan.
“Kita akan sesuaikan supaya perkara-perkara yang menjadi kontroversial dan polemik ini dapat dikendurkan,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas melancarkan Larian Visit Malaysia 2026 di Kuala Lumpur, pada Ahad.
Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang penganjuran Festival Muzikal Air di sekitar Bukit Bintang bermula 1 Mei selama tiga hari, yang dijangka menarik kehadiran pengunjung tempatan serta pelancong asing.
Bagaimanapun, cadangan penganjuran festival tersebut menerima kecaman daripada beberapa pihak.
Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda Pas Malaysia, Mohamed Sukri Omar berkata, sebarang acara berskala besar yang membawa imej negara perlu berteraskan nilai, adab serta warisan ketimuran.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa konsep Festival Muzikal Air itu dilihat mengadaptasi hiburan jalanan terbuka yang asing daripada norma masyarakat Malaysia.
Turut senada, Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Ridzuan Zamry yang melihat isu berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan soal nilai, akhlak dan jati diri negara, memandangkan Islam merupakan agama Persekutuan.
Menurut beliau, penganjuran Festival Muzikal Air yang dilihat menyerupai Festival Songkran tidak wajar dianggap sekadar acara hiburan atau tarikan pelancongan semata-mata.
Topic Berkaitan
#penganjuran acara
#festival air
#Ahmad Zahid Hamidi
#sensitiviti masyarakat
#jati diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan