awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai

Israr Khalid
Israr Khalid
13/01/2023
02:10 MYT
Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai
BARJOYAI: Mungkin sesetengah kesejahteraan dan kebahagiaan itu tak memerlukan wang sebenarnya. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tiada gunanya pertumbuhan negara kian rancak jika nikmat pembangunan itu tidak sampai seadilnya kepada setiap warganegara.
Demikian menurut penganalisis ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai yang berkata, tiba masanya segala dasar kerajaan tidak hanya menumpukan kepada perkembangan ekonomi semata-mata tetapi yang lebih penting, kesejahteraan serta kebahagiaan rakyat Malaysia.
Jelas beliau, kebahagiaan dan kesejahteraan itu tidak dilihat pada kederasan pertumbuhan negara.
Namun, katanya, ia bergantung kepada seberapa lancar kehidupan rakyat sehari-hari, dipengaruhi antara lain, pendapatan yang lebih sepadan dengan harga barangan.
“Selama ini kita telah menumpukan kepada matlamat pembangunan yang mampan, deras, cepat. Dan kita telah berjaya berbanding negara lain di Asia.
“Antara tahun 1982 dan 2021, Malaysia mengalami kadar pertumbuhan yang menakjubkan dan ini diakui oleh Bank Dunia.
"Tetapi, kesan daripada kadar pertumbuhan pesat itu sebenarnya tidak sampai kepada akar umbi isi rumah,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Menurut Barjoyai, penduduk negara ini masih miskin, memandangkan lebih 50 peratus kumpulan pekerja mendapat gaji kurang daripada RM2,000.
Maka, katanya, pendapatan rakyat kumpulan rentan mesti dinaikkan ketika mana kos sara hidup diturunkan, dan ini secara umumnya dapat meningkatkan indeks kebahagiaan, yang dibuat banciannya setiap tahun.
Beliau memberi contoh bagaimana Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis di mana medium pendapatan penduduknya agak rendah berbanding negeri-negeri lain.
Namun, mereka didapati lebih bahagia berbanding Selangor, Pulau Pinang dan Melaka yang kadar pendapatannya tinggi.
“Jadi, kita perlu menggunakan aspek psikologi juga dalam mengurus rakyat, dan memastikan kita adun sebaiknya aspek kebahagiaan ini, agar kita dapat mencapainya.
“Mungkin sesetengahnya tanpa memerlukan wang sebenarnya.”
Tiba masa alih tumpuan dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Prof. Barjoyai
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#kebahagiaan penduduk
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#Barjoyai Bardai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan