awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak ada larangan operasi Lion Air di Malaysia

Bernama
Bernama
31/10/2018
09:25 MYT
Tidak ada larangan operasi Lion Air di Malaysia
Menurut laporan media, Lion Air dilarang dari beroperasi di negara anggota Kesatuan Eropah dari 2007 hingga 2016. - EPA
Tiada larangan atau penangguhan operasi perkhidmatan penerbangan Lion Air di Malaysia ekoran nahas melibatkan pesawat syarikat berkenaan di Indonesia pada Isnin, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata pihak berkuasa penerbangan Malaysia sedar bahawa Lion Air pernah dilarang terbang ke Kesatuan Eropah namun perkara itu sudah diselesaikan dengan pihak berkuasa terlibat.
"Tidak boleh buat kesimpulan sebegitu untuk Malaysia," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada terdapat cadangan untuk mengharamkan penerbangan Lion Air di Malaysia ekoran nahas itu.
Loke yang ditemui selepas sesi engagement National Shipping and Port Council di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini berkata operasi penerbangan Lion Air di Malaysia mematuhi semua piawaian dan peraturan yang ditetapkan.
Lion Air yang beribu pejabat di Indonesia mengendalikan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Jakarta dan Surabaya bagi operasi di Malaysia.
Menurut laporan media, Lion Air dilarang dari beroperasi di negara anggota Kesatuan Eropah dari 2007 hingga 2016.
Penerbangan Lion Air JT610 Jakarta-Pangkal Pinang yang membawa seramai 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada pukul 6.20 pagi Isnin.
Loke berkata Malaysia akan melihat secara terperinci hasil siasatan pihak berkuasa Indonesia berhubung nahas udara itu untuk mengambil iktibar dan mengambil langkah berjaga-jaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Kesatuan Eropah
#Lion Air
#Malaysia
#operasi penerbangan
#penerbangan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan