awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
[TERKNI] Kementerian Luar percepat usaha pencarian Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak ada sebab mengapa EU mendiskriminasi vaksin AstraZeneca - Khairy

Bernama
Bernama
05/07/2021
15:19 MYT
Tidak ada sebab mengapa EU mendiskriminasi vaksin AstraZeneca - Khairy
Khairy akan meminta AstraZeneca memaklumkan kepada EU bahawa semua fasiliti pengeluarannnya melaksanakan Amalan Pembuatan Baik (GMP). - Bernama
KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) tidak seharusnya mendiskriminasi soal dari mana vaksin COVID-19 AstraZeneca dikeluarkan, kerana formula vaksin yang sama digunakan di semua fasiliti pembuatannya, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.
Susulan laporan bahawa EU akan hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca yang diluluskan oleh European Medicines Agency, Khairy berkata beliau akan meminta AstraZeneca memaklumkan kepada EU bahawa semua fasiliti pengeluarannnya melaksanakan Amalan Pembuatan Baik (GMP).
"Jadi tidak ada sebab sama sekali bagi EU mendiskriminasi antara sebuah fasiliti AZ (AstraZeneca) dengan fasiliti yang lain," katanya dalam persidangan media bersama berhubung perkembangan PICK dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di sini hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata beliau juga akan berbincang dengan duta EU ke Malaysia bagi mendapatkan maklumat lebih jelas berhubung dasar imigresen sebenar EU yang berkaitan dengan vaksinasi.
Beliau berkata semua negara seharusnya membenarkan kemasukan pelawat yang telah menerima suntikan vaksin yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Ia (kebenaran itu) akan menjadi keputusan yang paling adil berhubung pengiktirafan vaksin kepada pelawat. Asal sahaja vaksin itu telah disenaraikan oleh WHO, sesebuah negara itu perlu menerima kehadiran pelawat yang telah disuntik dengan vaksin berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Khairy Jamaluddin
#EU
#vaksin
#suntikan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan