Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang mementingkan rakyat lebih daripada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Tak guna jika GDP 10 peratus sekalipun, tetapi rakyat menderita. PH pentingkan rakyat daripada KDNK. Tak guna KDNK tinggi tetapi rakyat merungut harga mahai, itu ini.
"Kita pentingkan rakyat, bukan nak seronok tunjukkan pada dunia. Itu dunia lain, kerana yang penting rakyat pilih kita dan kita menjaga mereka," katanya dalam temubual dengan sebuah saluran televisyen swasta.
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu juga mendakwa, kerajaan sebelum ini tidak mempedulikan rakyat.
"Waktu harga barang naik, mereka peduli pun tak, dia marahkan rakyat pula, dia kata Singapura lagi mahal, kita bukan tinggal di Singapura, kita tinggal di Malaysia.
"Inflasi juga dikatakan tiga peratus, lapan tahun berturut-turut, tetapi rakyat tidak percaya kerana harga barang naik.
"Rakyat ketawa. Mereka tengok rakyat beli barang, barang mahal, mana inflasi tiga peratus, sampai Menteri pun jual ikan." katanya.
Daim berkata, sewaktu Malaysia mengalami krisis pada tahun 1986 dan 1998 rakyat tidak bising.
"(Ia kerana) pada waktu itu Tun Mahathir pentingkan rakyat. Arahan kepada saya, jaga rakyat dulu, Pada 1986 kita pun potong gaji Menteri, sekarang kita laksanakan semula, supaya kita mahu rakyat berkorban, Perdana Menteri perlu berkorban dulu," katanya.
Kerajaan baharu tambahnya, akan menguruskan ekonomi dengan baik.
"Cara menguruskan ekonomi dengan baik, satu dengan mengurangkan hutang, kalau boleh jangan terus berhutang, tunjukkan pertumbuhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018
Daim berkata, sewaktu Malaysia mengalami krisis pada tahun 1986 dan 1998 rakyat tidak bising. - Gambar fail
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam
Wan Shaharuddin berkata, kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: Ahli Parlimen ucap takziah
Ahli-ahli Parlimen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi ini.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.