Pengharaman vape kekal, Memorandum Jemaah Menteri dibentang awal tahun - Dr Dzulkefly

Kerajaan akan meneruskan pengharaman rokok elektronik atau vape pada awal tahun hadapan berdasarkan Memorandum Jemaah Menteri yang sedang diproses. -Foto fail/Freepik
JOHOR BAHRU: Kerajaan tetap meneruskan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape dengan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenainya dijangka dibentang pada awal tahun hadapan.
Ringkasan AI
- Kerajaan akan meneruskan pengharaman rokok elektronik atau vape pada awal tahun hadapan berdasarkan Memorandum Jemaah Menteri yang sedang diproses.
- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan keputusan ini diambil berdasarkan peningkatan kes kemudaratan kesihatan akibat penggunaan vape, terutamanya cecair vape yang mengandungi bahan terlarang.
- Langkah pengharaman tersebut dilakukan walaupun mendapat tentangan, dengan kajian sedang dijalankan untuk meneliti kesan serta implikasi perundangan terhadap masyarakat.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tiang Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut.
Beliau berkata kerajaan tetap meneruskan langkah berkenaan walaupun berdepan dengan pelbagai pandangan, berikutan peningkatan kes kemudaratan kesihatan melibatkan penggunaan vape, termasuk cecair vape yang dicemari bahan terlarang seperti ganja sintetik.
Dzulkefly berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Ismuni Bohari dan pakar perunding kesihatan awam Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman juga sedang giat melaksanakan kajian meliputi kesan dan implikasi perundangan terhadap masyarakat.
Sebelum ini, Dzulkefly dalam jawapan bertulis di Dewan Negara dilaporkan berkata pelaksanaan pengharaman vape akan dibuat secara berperingkat bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis vape sehingga meliputi keseluruhan produk.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang sedang diambil kerajaan berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik atau vape berdasarkan kandungan artikel? A: Kerajaan sedang mengkaji Memorandum Jemaah Menteri (MJM) untuk pengharaman penuh rokok elektronik atau vape yang dijangka dibentangkan pada awal tahun hadapan.
- Q: Mengapa kerajaan memutuskan untuk meneruskan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape? A: Keputusan itu diambil berdasarkan peningkatan kes kemudaratan kesihatan yang melibatkan penggunaan vape, termasuk cecair vape yang dicemari bahan terlarang seperti ganja sintetik.
- Q: Siapakah yang terlibat dalam proses pengkajian dan keputusan mengenai pengharaman vape? A: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tiang Soon, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Ismuni Bohari, dan pakar perunding kesihatan awam Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman terlibat dalam proses pengkajian dan keputusan tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

