"Dia tidak berhenti berpeluh… lepas lap dengan tisu muka, dia masih berpeluh."
Itu pengakuan seorang Pembantu Perubatan yang bertugas di Menara Medical Clinic, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).
Saksi ketiga pendakwaan, Rabiatul Adawiyah Mohd Sofi, 23 tahun, berkata dia mengelap muka Kim Chol atau Kim Jong Nam dengan tisu muka tanpa memakai sarung tangan.
Katanya, Kim Chol mendakwa dia disembur sesuatu ke muka dan matanya.
"Lelaki itu (Kim Chol) cakap disembur sesuatu. Dia pegang muka dan matanya. Saya lihat matanya merah.
"Dia bercakap dalam keadaan kesakitan," kata Rabiatul Adawiyah yang baharu bekerja di klinik berkenaan sejak setahun lalu.
Malah, dia turut menjalankan ujian awal terhadap mangsa termasuk saringan tekanan darah, kandungan oksigen dan tahap gula dalam darah.
"Saya ambil tekanan darah dengan bacaan 220/109. Bacaan itu amat tinggi. Jika normal 140/90.
"Paras gula dalam darah pula 7.2 dan SPO2 (kandungan oksigen) 98, ia normal.
"Ketika itu dia (Kim Chol) duduk di atas kerusi dan masih sedarkan diri. Selepas itu dia menunjukkan tanda-tanda sawan.
"Kepalanya tunduk ke hadapan, air liur dan hingusnya meleleh, dia masih sedar," katanya.
Sementara itu, saksi keempat pendakwaan, Dr Nik Mohd Adzrul Ariff Raja Azlan, 34, yang bertugas di klinik sama berkata selepas Kim Chol menunjukkan tanda-tanda sawan, mangsa kemudian mengalami kejutan.
Katanya, walaupun tanda-tanda itu menunjukkan seperti ' kejutan hemorhaj', namun tiada sebarang pendarahan berlaku.
"Saya nampak lelaki itu menyentuh kepalanya dan menggosok matanya selain mukanya merah dan berpeluh dengan keterlaluan.
"Bila saya tanya apa yang berlaku kepada dia, dia tidak dapat menjawab kerana mungkin dalam kesakitan," ujarnya.
Malah, pada satu ketika, kata Dr Nik Mohd Adzrul, mangsa tidak memberi sebarang tindak balas kepada pasukan perubatan.
Hakim Datuk Azmi Ariffin menangguhkan prosiding perbicaraan hari pertama dengan menyambung semula keterangan Dr Nik Mohd Adzrul.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 02 2017
Kim Chol (gambar) mendakwa disembur sesuatu ke muka dan matanya, kata Rabiatul Adawiyah. -Gambar fail
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Tertuduh kes bunuh Jong-nam diminta bela diri
Mahkamah Tinggi mengarahkan warga Indonesia, Siti Aishah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong untuk membela diri dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Kes bunuh Jong Nam: Agen saraf VX dikesan pada lengan baju Doan - Jabatan Kimia
Bahan degradasi dari agen saraf VX turut ditemukan pada kuku Doan dan pada pakaian Siti Aisyah, ketika uji kaji dijalankan Jabatan Kimia.
Tidak henti berpeluh, sebelum Kim Chol tidak beri respon - saksi
Rabiatul Adawiyah berkata dia mengelap muka Kim Chol atau Kim Jong Nam dengan tisu muka tanpa memakai sarung tangan.
Mahkamah tetapkan 2 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes bunuh Jong Nam
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 23 hari bermula 2 Oktober ini untuk perbicaraan dua wanita warga asing yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam.