KUALA LUMPUR:Masih ramai yang tidak faham cara penularan dan kesan wabak COVID-19 dalam jangka masa panjang.
Itu tegas Ketua Kluster Perubatan Dan Kesihatan, Akademi Profesor Malaysia, Prof Dr Adlina Suleiman yang khuatir apabila melihat kebanyakan rakyat masih memandang remeh terhadap pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan.
“Walaupun kita tahu cara penularan wabak itu tetapi kita masih lagi tidak begitu faham mengenai cara-cara lain bagaimana ia boleh menular, dan apakah kesannya kepada badan.
“Ramai yang menganggap bahawa jika mereka muda dan mereka kena (dijangkiti COVID-19), ia dianggap tidak teruk.
“Tetapi kita tidak tahu, apakah dalam jangka masa panjang, sama ada infeksi itu akan menyebabkan organ -organ lain kita terlibat. Itu kita tidak tahu,” kata Dr Adlina.
Bercakap kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Khamis, beliau berkata, adalah lebih baik jika semua pihak yang baru pulang dari Sabah agar mengasingkan diri.
“Tidak kira ahli politik atau sesiapapun, seeloknya jangan keluar daripada rumah selama 14 hari dan kita sendiri kita buat SOP dan asingkan diri di rumah.
“Ini bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri, tetapi demi keselamatan keluarga dan orang lain.
“Sekiranya ada ahli keluarga yang lebih berumur atau golongan kanak-kanak di rumah, cuba untuk elakkan diri daripada mengadakan kontak rapat dengan mereka,” tegas beliau.
Pada Khamis, Malaysia merekodkan 260 kes jangkitan COVID-19 yang mana hanya satu daripada kes itu merupakan kes import.
Kementerian Kesihatan mengesahkan hampir kesemua negeri mencatatkan kes koronavirus tersebut, kebanyakannya melibatkan pengembara dari Sabah.
BACA: COVID-19: 260 kes baharu, 4 kluster baharu, ini tumpuan sidang media KKM
BACA: Beri 'bayangan PKP dilaksana semula' di Twitter? Ini jawapan Dr Noor Hisham
Faris Danial Razi
Thu Oct 01 2020
Dr Adlina berkata, adalah lebih baik jika semua pihak yang baru pulang dari Sabah agar mengasingkan diri. - Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.