IPOH: Berkat kesungguhan mahu melihat lebih ramai rakyat memiliki komputer riba supaya tiada yang tertinggal daripada arus kemajuan teknologi maklumat, Imika Malaysia berjaya membuka 20 cawangan di Sabah dan Sarawak, dalam masa hanya beberapa bulan.
Dengan 30 cawangan di Semenanjung setakat ini, syarikat itu optimis mampu mencapai sasaran mewujudkan 100 cawangan menjelang hujung tahun ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Imika Malaysia, Abdul Rahim Tahir berkata, sejak membuka cawangan di Sabah dan Sarawak, sambutan orang ramai terhadap syarikat mereka di luar jangkaan.
“Ada yang kami buka di kawasan seperti Keningau dengan Mukah, kami dikira antara kedai komputer yang pertama di kawasan tu.
“Jadi matlamat kita adalah hendak menyediakan lebih pilihan untuk masyarakat Borneo, jadi kita jual harga yang sama, baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Malah di pedalaman dan bandar, kita beri harga yang sama bagi memastikan rakyat Malaysia dapat peluang dan pilihan yang sama,” katanya ketika di temui di ibu pejabat Imika Malaysia di Ipoh.
Imika Malaysia menawarkan komputer riba diperbaharui pada harga mampu milik sejak 13 tahun lalu, di samping menawarkan khidmat yang berkaitan.
Abdul Rahim berkata, mengambil sempena nama Menu Rahmah, syarikat menjenamakan semula komputer riba mampu milik sebagai mereka Laptop Rahmah.
“Laptop Rahmah berharga di bawah RM1,000 dan diberi jaminan selama satu tahun.
“Bukan itu sahaja, kita juga ada beri percuma telefon pintar ataupun pencetak (printer) dan jadi pelanggan boleh pilih mana satu yang diperlukan,” ujarnya.
Menurutnya, untuk pembelajaran, Laptop Rahmah sangat membantu, baik bagi keluarga yang kurang berkemampuan, mahupun yang berkemampuan.
Mengenai sasaran jangka panjang, Abdul Rahim berkata, sayarikat mahu terus menyediakan peralatan digital yang mudah diperolehi dan mampu milik.
Dalam masa sama, katanya syarikat juga mahu menyediakan 500 peluang pekerjaan, di samping memberi latihan kemahiran untuk menjadi usahawan IT.
Disebabkan harga yang ditawarkan mampu milik, Imika Malaysia semakin menjadi pilihan ramai, termasuk di kalangan kakitangan swasta.
Seorang kakitangan swasta, Muhammad Khairul Aiman Abdullah berkata, ramai rakan sekerjanya mencadangkan agar membeli komputer riba di Imika Malaysia kerana harga mampu milik dan berkualiti.
“Kegunaan saya untuk sementara ini adalah untuk menyediakan kertas kerja, jadi di sini, banyak spesifikasi komputer riba yang mudah diperolehi,” katanya.
Seorang lagi kakitangan swasta, Azhar Adnan dari Rawang, Selangor berkata, dia memilih Imika kerana percaya dengan produk yang dijual selepas membelinya di Sungai Petani, Kedah, sebelum ini.
“Sebelum ini saya mengenali Imika dari Facebook dan juga rakan-rakan, harganya saya dapati memang murah, ditambah pula ada jaminan. Memang boleh dipercayai dan perkhidmatannya terbaik,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 14 2023
![Tidak mahu rakyat ketinggalan, Imika buka 20 cawangan di Sabah, Sarawak Tidak mahu rakyat ketinggalan, Imika buka 20 cawangan di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686735973_Imikapeniaga.jpg)
Dari kiri: Abdul Rahim, Azhar dan Muhammad Khairul.
![Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718691780_dera.jpg)
Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman
Reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, minggu lalu dilanjutkan selama lima hari.
![Nahas rombongan guru: Polis dalam proses lengkap kertas siasatan Nahas rombongan guru: Polis dalam proses lengkap kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718691687_baspersiaran.jpg)
Nahas rombongan guru: Polis dalam proses lengkap kertas siasatan
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk dilengkapkan sebelum dituduh di mahkamah.
![Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718691433_baspersiaran.jpg)
Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan
MATTA mencadangkan peruntukan 3,000 liter kuota sebulan bagi setiap unit subsidi diesel kenderaan kepada pemain industri pelancongan.
AWANI Ringkas: Malaysia mahu menyertai BRICS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Keracunan makanan Gombak: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan Keracunan makanan Gombak: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Keracunan makanan Gombak: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan
Mereka yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga mangsa, pakar patologi, penyedia makanan dan pembekal.
![Agong dipersembah laporan terkini RCI pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan Agong dipersembah laporan terkini RCI pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718691095_SultanIbrahimRCI.jpg)
Agong dipersembah laporan terkini RCI pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan
Sultan Ibrahim dipersembahkan laporan terkini RCI Untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
![Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716288833_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta
![Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675186355_TBMiti.jpg)
Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan
![Kenaikan tambang bas pelancong Singapura bukti penyasaran subsidi diesel tepat Kenaikan tambang bas pelancong Singapura bukti penyasaran subsidi diesel tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718688925_UstazahSalmah.jpg)
Kenaikan tambang bas pelancong Singapura bukti penyasaran subsidi diesel tepat
Kenaikan tambang pengangkutan dikenakan agensi pelancongan dan bas penumpang Singapura membuktikan penyasaran subsidi wajar diteruskan, kata Anwar.
![Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718686711_TBTENGKUZAFRULPROFIL.jpg)
Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia terbuka untuk menyertai blok ekonomi organisasi antara kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang boleh membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negara.
![Tidak mahu rakyat ketinggalan, Imika buka 20 cawangan di Sabah, Sarawak Tidak mahu rakyat ketinggalan, Imika buka 20 cawangan di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686735973_Imikapeniaga.jpg)
Tidak mahu rakyat ketinggalan, Imika buka 20 cawangan di Sabah, Sarawak
Dengan 30 cawangan di Semenanjung setakat ini, syarikat itu optimis mampu mencapai sasaran mewujudkan 100 cawangan menjelang hujung tahun ini.