awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak patut potong gaji pekerja bekerja dari rumah - Saravanan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
28/04/2022
12:51 MYT
Tidak patut potong gaji pekerja bekerja dari rumah - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata malah perkara berkenaan turut tidak dibenarkan berdasarkan kepada dasar gaji negara. - Gambar fail/BERNAMA
KAMPAR: Saranan agar pemotongan gaji dilakukan majikan ke atas pekerja yang bekerja dari rumah disifatkan sebagai suatu perkara yang tidak patut.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata malah perkara berkenaan turut tidak dibenarkan berdasarkan kepada dasar gaji negara.
“Tidak boleh mana-mana pekerja yang bekerja dari rumah tanpa mendapatkan persetujuan daripada majikan.
“Jadi, sekiranya majikan membenarkannya, maka tak patut gaji mereka hendak dipotong.
“Sekiranya majikan tidak bersetuju untuk pekerja bekerja dari rumah, maka majikan boleh minta untuk pekerja berkenaan bekerja di pejabat.
“Jangan pula kita beri kebenaran (kepada pekerja untuk bekerja dari rumah), kemudian kita pula potong gaji mereka,” katanya.
BACA: Majikan wajar pertimbang potong elaun perjalanan jika pekerja bekerja dari rumah - MEF
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjuran UMNO dan Barisan Nasional Tapah di Hotel Grand Kampar, dekat sini pada Khamis.
Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah terdahulu diminta mengulas kenyataan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa majikan boleh memotong gaji pekerja yang bekerja dari rumah.
Baru-baru ini Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan dilaporkan berkata majikan wajar mempertimbang untuk memotong elaun perjalanan jika pekerja bekerja dari rumah.
Beliau juga dilaporkan mendakwa ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.
Perkara berkenaan mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Zaidel Baharuddin yang meminta MEF untuk turut melihat kepada faktor kos internet dan kos elektrik bekerja dari rumah.
Topic Berkaitan
#elaun
#gaji
#Bekerja Dari Rumah
#BDR
#Menteri Sumber Manusia
#M Saravanan
#pemotongan gaji
#MEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan