awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu jalani ujian saringan tiga hari sebelum perjalanan ke Sarawak

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
20/03/2021
10:26 MYT
Tidak perlu jalani ujian saringan tiga hari sebelum perjalanan ke Sarawak
Sebelum ini, kemasukan ke Sarawak menetapkan saringan wajib tiga hari sebelum ke negeri itu, termasuk menjalani kuarantin 14 hari sejurus tiba. -Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan individu yang ingin melakukan perjalanan ke negeri itu tidak lagi perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas.
Menurut pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, arahan ini akan berkuat kuasa Isnin depan, 22 Mac 2021.
"Tatacara kemasukan ke Sarawak, bagi semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang datang dari atau melalui Semenanjung, Sabah dan Labuan yang ingin datang ke Sarawak, tidak perlu membuat ujian COVID-19 (PCR test) tiga hari sebelum perjalanan," tegasnya dalam sidang media harian JPBN di Kuching pada Sabtu.
Ujar Uggah, kelonggaran itu bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat mengisi borang kemasukan ke negeri berkenaan.
"Mereka masih perlu mengisi borang secara dalam talian 'EnterSarawak' dengan mempunyai dokumen sokongan yang diperlukan.
"Arahan kuarantin 14 hari di Sarawak juga masih lagi berkuat kuasa," tambahnya.
Kemasukan ke Sarawak | Tidak perlu jalani ujian saringan tiga hari sebelum
Sementara itu, dalam perkembangan COVID-19 di negeri tersebut, Sarawak pada Sabtu merekodkan 154 kes baharu COVID-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,974 kes.
"Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Sibu (43), Kuching (23), Kapit (20), Miri (16), Serian dan Bintulu (13).
"Manakala, Kanowit (enam), Bukit Mabong (lima), Julau, Samarahan serta Meradong (tiga).
"Dua kes pula dicatatkan di Betong, selebihnya satu masing-masing di Marudi, Bau, Sebauh dan Song," jelas Uggah.
Menyentuh mengenai status terkini PKRC di Depo Semuja, Serian yang menyumbang kepada jumlah yang tinggi kepada kes COVID-19 di Sarawak pada Jumaat, jelas Uggah setakat ini, 704 individu telah disaring.
"Adalah dimaklumkan bahawa kes di Sarawak meningkat semalam (Jumaat) kepada 407 kes disebabkan, 138 kes adalah di dalam depo tahanan Imigresen Semuja, Serian.
"Sehingga hari ini, sejumlah 704 individu telah disaring. Daripada jumlah tersebut, seramai 245 didapati positif COVID-19 iaitu semua mereka adalah Orang Kena Tahan (OKT)," dedah beliau.
Manakala, daripada jumlah individu yang telah disaring dari lokasi berkenaan, 459 disahkan berstatus negatif COVID-19. Mereka terdiri daripada kakitangan Jabatan Imigresen dan kontak rapat.
"Saringan kedua akan dilakukan pada 29 Mac 2021," tambah Uggah dalam sidang media yang sama.
Topic Berkaitan
#JPBN Sarawak
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Sarawak
#Kemasukan ke Sarawak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan