BUKIT KATIL: Tiada keperluan untuk melibatkan pihak ketiga dalam siasatan berhubung dakwaan terdapat kesan sampingan vaksin kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini, yang dijalankan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) remaja.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sebaliknya Kementerian Kesihatan sentiasa telus dan pantas dalam menjalankan siasatan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"KKM sangat cepat, sejak PICK remaja dijalankan secara rasmi pada 20 September, saya amat prihatin dan amat mengambil berat tentang perkara ini, saya mahu anak-anak kita selamat untuk masuk sekolah.
"Jadi apa sahaja berlaku saya akan cepat bertindak dari aspek penyiasatan dan juga penerangan kepada orang awam," katanya.
Mengulas berkenaan rakaman video yang tular semalam melibatkan seorang remaja lelaki yang didakwa 'longlai' di PPV Encore, Klebang selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, beliau berkata, kejadian berkenaan bukan berlaku disebabkan kesan sampingan vaksin COVID-19.
Sebaliknya remaja berkenaan mengalami disebabkan 'reflex syncope' akinat terlalu gementar untuk mendapatkan suntikan.
Katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan vaksin memandangkan setakat ini vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang diberikan kepada remaja tidak mempunyai kesan sampingan yang besar.
Katanya setakat ni 83 peratus remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 dan KKM menyasarkan minima 80 peratus pelajar lengkap menerima dua dos sebelum pembelajaran secara bersemuka dimulakan secara menyeluruh.
Katanya, sebagai langkah melenyapkan persepsi negatif ibu bapa yang bimbang dengan dakwaan tular berkaitan vaksin melibatkan remaja, KKM juga telah menggerakkan pegawai ke lapangan bagi memberi penerangan selain penglibatan agensi lain termasuk pegawai jabatan agama negeri.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Oct 01 2021

Dr Noor Azmi berkata ibu bapa tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan vaksin memandangkan setakat ini vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang diberikan kepada remaja tidak mempunyai kesan sampingan yang besar. - Foto BERNAMA

Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan.

AWANI Ringkas: Tanah mendap: Penduduk diarah berpindah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Perhimpunan WHO | PBB seru labur lebih banyak dana kepada WHO
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru masyarakat global untuk melabur lebih banyak dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosikan "keamanan dan keselamatan." Bercakap pada perhimpunan kesihatan, Guterres berkata sepanjang krisis COVID, WHO telah menjadi "sumber sokongan terbuka yang teguh" untuk akses vaksin yang saksama.

Teknologi Penternakan | Kolar GPS bantu kawal lembu
Penternak lembu di Sussex, Selatan England, menemui kaedah baharu yang membolehkan mereka tidak lagi menggunakan pagar bagi mengawal haiwan berkenaan. Syarikat Nofense UK mencipta kolar GPS yang mengeluarkan bunyi untuk dipakaikan kepada lembu,

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan
Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, KKM merekodkan penurunan kes baharu sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

Ceroboh Perairan | Bot asing bersama 18 awak-awak ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, tahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli bot berkenaan ditahan dalam satu rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut.

Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya, sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.

Cubaan Culik | Budak empat tahun dilarikan lelaki warga Myanmar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan lelaki warga Myanmar ketika sedang bermain di hadapan rumahnya, dekat Pusat Dagangan Batu 3, di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi, pada Ahad.

Jom Tengok Bola | Platform pupuk semangat perpaduan
Jom Tengok Bola Unity bersama Harimau Muda menentang Indonesia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro AWANI merupakan platform tepat bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Vaksin COVID-19: Lebih 2.9 juta remaja lengkap suntikan
Sebanyak 1,119,411 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

Cacar monyet sesuatu yang perlu dibimbang - Biden
Biden menambah ia adalah kebimbangan kerana jika cacar monyet merebak ia akan menjadi isu berbangkit.

COVID-19: Benua Afrika bergelut dengan kadar vaksinasi rendah
Kanak-kanak teragak-agak mahu mengambil vaksin kerana takut dan percaya kerajaan mahu menghapuskan mereka.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi
Sebanyak 1,671,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Ambil vaksin sebelum ke negara dilanda cacar monyet
Rakyat negara ini yang berhasrat untuk melawat negara yang dilanda wabak cacar monyet dinasihatkan supaya mendapatkan vaksin sebagai perlindungan daripada dijangkiti virus penyakit tersebut.

Vaksin COVID-19: 30.6 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,085,977 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin.

Vaksin COVID-19: 1.079 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1.079 juta atau 30.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin.

Malaysia dijangka catat pemulihan trafik penumpang udara 30 hingga 45 peratus daripada tahap sebelum pandemik
Trafik penumpang udara Malaysia tahun ini diunjurkan melonjak di antara 197 peratus dengan 347 peratus tahun ke tahun, mewakili 32.6 juta hingga 49 juta penumpang.