awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu tergesa-gesa adakan PRU15 - Tuan Ibrahim

Bernama
Bernama
22/09/2022
09:39 MYT
Tidak perlu tergesa-gesa adakan PRU15 - Tuan Ibrahim
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas pelancaran Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun di Kuala Dungun hari ini. - Foto BERNAMA
DUNGUN: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa terutama ketika musim tengkujuh kerana kerajaan perlu memberi keutamaan kepada persiapan menghadapi bencana banjir.
Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata justeru itu, beliau berpendapat PRU15 lebih sesuai diadakan pada tahun hadapan.
"PRU ini, saya berpendapat kita kena ambil kira juga (aspek) seperti sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir jadi ia sudah tidak sesuai dijadikan pusat pengundian.
"Keduanya mengenai anggota keselamatan yang saya lihat kalau musim tengkujuh, mereka terpaksa turun ke lapangan membantu mangsa banjir. Kalau waktu itu pilihan raya, mereka juga kena jaga peti undi dan mengiring pengundi.
"Jadi saya fikir kita tidak perlu tergesa-gesa (membuat keputusan) mengenai tarikh ini (PRU15). Saya rasa rakyat pun tidak setuju PRU (diadakan pada) musim banjir," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun di Dewan Sivik Bijangga di sini hari ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata bagaimanapun, tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri serta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#pilihan raya umum
#banjir
#musim tengkujuh
#PAS
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#bencana banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan