"Saya hanya mempertahankan diri dan polisi yang dibawa ketika pentadbiran saya."
Ini jawapan yang diberikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta untuk memberi komen terhadap kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa UMNO perlu menjarakkan diri dari beliau.
"Saya tidak mempunyai masalah untuk menyokong Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebagai Presiden UMNO.
"Namun, saya juga mempunyai hak untuk mempertahankan polisi serta menjelaskan kekeliruan dan penipuan fakta oleh Kerajaan baharu.
BACA: 'UMNO macam susah selagi Najib tidak jarakkan diri' - Nazri
"Saya merasakan bahawa perlindungan sendiri (self-defence) adalah adil untuk saya menerangkan sebab mengapa kami merangka sesetengah daripada polisi dan sebab kami melakukan perkara tersebut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Semalam, Nazri yang merupakan Ahli Parlimen Rengas itu menyarankan bekas Presiden itu supaya 'faham-faham sendiri' bila masa beliau perlu jarakkan diri daripada UMNO.
Hafiz Marzukhi
Wed Aug 15 2018
NAJIB: "Saya tidak mempunyai masalah untuk menyokong Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebagai Presiden UMNO. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
'Tidak salah untuk saya pertahan diri' - Najib
'Saya hanya mempertahankan diri dan polisi yang dibawa ketika pentadbiran saya.' Itu respon bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung komen Datuk Seri Nazri Aziz semalam.