Soal ketidaktelusan dalam penstrukturan semula air negeri Selangor sering ditimbulkan hingga menyebabkan status perjanjian tersebut tergendala, namun isi perjanjian itu sebenarnya tidak boleh sebarangan didedahkan kepada umum.
Pandangan tersebut disampaikan oleh Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
“Sebelum ini mungkin ada tekanan-tekanan tertentu terhadap kerajaan negeri hingga perjanjian itu tidak dapat diteruskan. Ada pihak yang mengatakan bahawa tidak ada ketelusan dalam cara perjanjian itu dibuat.
“Walaupun begitu, kita juga perlu tahu bahawa perincian dasar dalam perjanjian itu adalah tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi, dan isi perjanjian itu tidak boleh sebarangan disiarkan kepada umum,” ujar beliau.
Nik Ahmad Kamal seterusnya memberitahu, kedua-dua pihak dalam isu penstrukturan air Selangor perlu mengenepikan sempadan politik dan memperjelaskan butiran perjanjian dalam mencari kesefahaman agar manfaat yang didambakan rakyat mampu dicapai.
“Mungkin ada kekeliruan sebelum ini antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan terutamanya tentang isu-isu yang berkaitan dengan tanah.
“Sekiranya ada tanah yang merupakan milik Selangor, dalam projek ini mungkin ia dipajak untuk tempoh 45 tahun. Hak milik tetap milik negeri selepas itu.
“Namun, seperti yang kita ketahui dari penjelasan menteri berkaitan, bukan semua tanah itu milik Selangor. Jadi itulah yang perlu diperincikan terlebih dahulu dalam sesebuah perjanjian agar semua pihak jelas tentang duduk perkara,” ujar Nik Ahmad Kamal.
Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberitahu bahawa kerajaan pusat tidak pernah melanggar sebarang prinsip perjanjian dalam isu itu, sebaliknya komited mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang berhubung isu air di Selangor.
Kenyataan itu dibuat setelah Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan tentang pelupusan perjanjian tersebut kerana ‘bimbang’ sekiranya kerajaan negeri terpaksa menyerahkan aset tanahnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha melaksanakan penstrukturan industri bekalan air di negeri itu.
Walau bagaimanapun, Nik Ahmad Kamal tertarik dengan kenyataan Azmin yang menyatakan kesediaan beliau untuk mengadakan rundingan berhubung pajakan tanah yang terlibat dalam penstrukturan itu.
“Inilah yang kita mahu, iaitu kedua-dua pihak perlu keluar daripada sempadan politik seterusnya mencari jalan menyelesaikan kemelut itu demi kepentingan rakyat,” ujar Nik Ahmad Kamal yang memiliki latar belakang sebagai penasihat perundangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Masalah bekalan air yang kritikal pada tahun lalu patut dijadikan iktibar oleh semua pihak, kata Nik Ahmad Kamal, yang mengimbas kesulitan yang dihadapi penduduk Lembah Klang.
Ketika itu, peringatan tentang bekalan air bersih yang boleh terputus telahpun diutarakan oleh pakar-pakar berkaitan dan juga pihak organisasi bukan kerajaan (NGO).
Nik Ahmad kamal berkata, kebanyakan rasa tidak puas hati selama ini adalah kerana rasa bimbang oleh kerajaan negeri apabila ‘kuasa air’ diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan ia melibatkan perubahan dari aspek perundangan.
“Ini biasa berlaku pada negeri yang mungkin tidak ‘mesra’ dengan kerajaan Persekutuan.
“Namun, secara realistik, kita perlu berbalik kepada kepentingan rakyat dan perlu kurangkan kekangan yang bersifat politik,” kata beliau.
Hamzah Hamid
Wed Mar 11 2015
NIK AHMAD: Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan diseru jalani rundingan bersama dan mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut berkaitan isu air. - Foto Facebook
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.