Kementerian Pengangkutan tidak bersetuju dengan keputusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengkategorikan kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun sebagai dewasa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengadakan perbincangan dengan pihak KTMB mengenai isu itu.
"Walaupun KTMB sudah mengumumkan bahawa umur tujuh tahun ke atas adalah dewasa, kami tidak bersetuju dengan keputusan itu.
"SPAD akan berbincang dengan KTMB untuk memastikan polisi lama diteruskan," kata Tiong Lai semasa melancarkan pameran kereta api berkelajuan tinggi China di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini, hari ini.
Tiong Lai mengulas mengenai harga tiket baru komuter bagi kanak-kanak tujuh tahun ke atas, yang kini dikategorikan sebagai pengguna dewasa oleh KTMB.
Pengumuman yang dibuat pada 9 Disember itu menetapkan, kanak-kanak tujuh tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan komuter perlu membayar tambang dewasa yang berkuatkuasa 2 Disember lalu.
Bagaimanapun, KTMB berkata diskaun 50 peratus akan diberikan kepada pelajar sekolah rendah, dan menengah dengan syarat kelayakan, mereka memakai pakaian sekolah, ko-kurikulum atau asrama.
Turut menerima diskaun 50 peratus adalah kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun sementara tambang percuma bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun.
Menurut KTMB, struktur tambang baru itu dilaksanakan selepas kelulusan SPAD dan dipersetujui oleh kabinet.
Sementara itu, Ting Lai berkata, pihaknya mendengar keluhan rakyat mengenai isu kenaikkan harga tiket KTMB yang dilihat sebagai satu beban kepada mereka.
"Kami menerima aduan dan kami telah membincangkannya di peringkat kabinet. Kabinet telah mengarahkan kami (kementerian ) dan SPAD untuk mengambil tindakan antaranya, pertimbangan khas akan diberi kepada pengguna komuter yang lama," katanya.
T K Letchumy Tamboo
Fri Dec 11 2015
TIONG LAI: Walaupun KTMB sudah mengumumkan bahawa umur tujuh tahun ke atas adalah dewasa, kami tidak bersetuju dengan keputusan itu.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Banjir: KTMB batal 12 laluan ke Pantai Timur
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membatalkan 12 laluan perkhidmatan tren Pantai Timur susulan banjir yang melanda ketika ini.
Operasi tren di Pantai Timur terjejas, KTMB aktifkan bilik gerakan banjir
KTMB membatalkan perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang dan akan memberikan pemulangan tambang penuh kepada penumpang yang terkesan.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Tiada lagi bayaran tunai di KTMB mulai 1 Januari 2025
KTMB akan beralih kepada mod bayaran tanpa tunai sepenuhnya melibatkan semua transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari 2025 di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Aktiviti potong pokok punca operasi tren KTM, ETS terjejas pada Jumaat
Berikutan gangguan itu, sebanyak 13 tren ETS mengalami kelewatan pada hari berkenaan dengan jumlah penumpang seramai 3,480 orang.
Gangguan perkhidmatan tren KTMB akibat alat talian atas putus
Hal itu telah menyebabkan kelewatan daripada jadual asal berikutan penggunaan satu landasan di laluan berkenaan bagi mengatur pergerakan tren secara bergilir.
KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS
Semua pengguna tren KTMB dinasihat tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Deepavali
KTMB akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua ETS bagi laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar dan sebaliknya sempena Deepavali.
Tiket integrasi jalinan KTMB dan ERL dilancar, mudahkan lagi perjalanan pengguna
Pengguna hanya perlu membeli satu tiket untuk perjalanan terus menggunakan gabungan tren di bawah kendalian ERL dan KTMB untuk ke destinasi masing-masing.