awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak timbul isu pencemaran Tasik Puteri - Ahmad Said

Bernama
Bernama
21/01/2023
20:40 MYT
Tidak timbul isu pencemaran Tasik Puteri - Ahmad Said
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Datuk Seri Ahmad Said berkata tasik yang berkeluasan 131 hektar itu adalah bekas lombong bijih besi dengan kandungan sulfur yang tinggi - Foto fail/BERNAMA
DUNGUN: Tidak timbul isu pencemaran di Tasik Puteri, Bukit Besi, kerana lokasi tersebut sememangnya tidak sesuai dan dilarang untuk aktiviti mandi-manda atau selaman.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Datuk Seri Ahmad Said berkata tasik yang berkeluasan 131 hektar itu adalah bekas lombong bijih besi dengan kandungan sulfur yang tinggi.
Justeru, hanya aktiviti sukan seperti kayak atau berperahu dibenarkan di kawasan berkenaan walaupun airnya kelihatan sangat jernih dan bebas daripada pencemaran.
"Dari dulu lagi tasik tu memang orang tak mandi. Tak ada penduduk tempatan yang mandi di situ kerana mereka tahu kawasan tu bekas lombong... kandungan sulfur tinggi. Ikan pun tak hidup di situ.
"Kita pun tak benarkan sebarang aktiviti mandi-manda atau selaman di situ. Kalau orang luar datang dan buat aktiviti selaman... atas risiko mereka sendirilah," katanya selepas mengagihkan sumbangan air minum kepada 500 penduduk Ketengah Jaya yang terjejas akibat terputus bekalan air.
Ahmad berkata dakwaan bahawa pencemaran air tasik itu turut menjejaskan kualiti air terjun di kawasan berdekatan adalah tidak benar kerana kedua-duanya daripada punca atau sumber air yang berbeza.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan Tasik Bukit Besi yang dikenali sebagai Tasik Puteri didakwa tercemar de-ngan bahan asid apabila air daripada kolam tadahan di tapak perlombongan bijih besi mengalir memasuki tasik tersebut.
Ia didakwa bukan sahaja menjejaskan kualiti air terjun di kawasan berhampiran, malah menjejaskan sektor pelancongan kerana sudah tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan selaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#Pencemaran Tasik Puteri Bukit Besi
#bekas lombong bijih besi
#kandungan sulfur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan