KUALA LUMPUR: Kerajaan akan pastikan tidak timbul lagi isu pelajar diarah pulang sebaik tiba di kampus dan mengharapkan proses kemasukan pelajar pada kali ini berjalan lancar serta lebih teratur.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya memberi jaminan tiada pelajar daripada enam kategori yang dibenarkan akan diarahkan pulang selepas kembali ke kampus pada 1 Mac ini.
“Proses pendaftaran masuk semula pelajar ke kampus adalah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pihak universiti dan KPT akan memastikan pelajar yang datang dan masuk ke kampus akan diterima.
"Kita akan pastikan tidak timbul lagi isu pelajar diarah pulang (sebaik tiba di kampus) dan kita harapkan proses kemasukan pelajar pada kali ini berjalan lancar serta lebih teratur," kata Noraini dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau yang mewakili Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melakukan lawatan kerja di Universti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Rabu malah memaklumkan bahawa pihaknya berpuas hati dengan persediaan pelaksanaan proses kemasukan kira-kira lebih 7,000 pelajar mulai Mac depan.
Oktober lalu, timbul isu penuntut universiti terpaksa pulang ke rumah sebaik tiba ke kampus mereka, selepas KPT menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi kemasukan pelajar sesi akademik 2020/2021, berikutan peningkatan kes COVID-19 ketika itu.
Noraini berkata, pelajar daripada enam kategori itu yang tidak berhasrat untuk kembali ke kampus dan mahu meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah turut dibenarkan memandangkan PdP masih dilaksanakan secara hibrid.
Noraini turut berpendirian bahawa ia adalah tanggungjawab pihak universiti sendiri dalam menentukan sama ada pelajar dibenarkan keluar selepas kembali ke kampus atau tidak.
BACA: KPT benar 6 kategori pelajar pulang ke kampus mulai 1 Mac
Namun jelasnya, arahan KPT adalah pelajar bebas untuk melakukan aktiviti yang dibenarkan MKN dalam kawasan universiti.
Mulai 1 Mac ini, hanya enam kategori pelajar berkeperluan dibenar kembali ke kampus bagi mengikuti sesi PdP secara hibrid iaitu secara fizikal dan pengajian dalam talian.
Berikut adalah enam kategori pelajar tersebut:
Kategori pertama adalah pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
Kedua, pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
Ketiga, pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hybrid.
Keempat, semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
Kelima, pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan keenam, pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
Faris Danial Razi
Thu Feb 18 2021

Noraini (dua dari kanan) melakukan lawatan kerja di Universti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Rabu. - Kementerian Pengajian Tinggi
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Pangkalan data komprehensif sedang dibangun himpun penyelidikan universiti
Selepas ini, sebarang penyelidikan dan inovasi dihasilkan universiti dapat dimanfaat untuk kebaikan bersama.

Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry
KPT menggesa pensyarah tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakaran bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Tiada arahan larang IPTA sertai program anjuran negeri pembangkang - KPT
KPT tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terlibat dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.

PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

KPT tak minat jadi 'polis universiti' - Mohamed Khaled
KPT tidak berminat untuk menjadi 'polis universiti' dengan mengawal polisi dan dasar pendidikan di Universiti.

KPT nafi penglibatan penganjuran sidang media G70
Menurut KPT, kumpulan itu bukanlah representasi rasmi kakitangan akademik atau profesor daripada insitusi pengajian tinggi (IPT).

Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal meluaskan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) melibatkan seluruh Universiti Awam mulai tahun hadapan.

KPT harap inisiatif dalam Bajet 2023 dapat diteruskan
Ia bagi menjaga kebajikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Bajet 2023: KPT bukti pelaburan terbaik bina masa depan pelajar - Noraini
Peruntukan Bajet 2023 untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebanyak RM15.1 bilion dan meningkat sebanyak 4.25 peratus berbanding RM14.5 bilion pada tahun lalu.

KPT pastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dalam portal RSS
Kementerian Pengajian Tinggi akan terus memantau pentadbiran Portal Rumah Sewa Siswa (RSS) bagi memastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dengan kadar mampu milik.