KETIKA ramai yang kehilangan pekerjaan dan bergelut memenuhi keperluan harian – mungkin untuk menghidang sepinggan nasi, kisah ini boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua.
Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang diselamatkan oleh Pengurus Sumber Manusia Caltex cawangan Bachang, Melaka, Lee Chee Seng.
Ketulusan hati dan sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh Lee atau lebih dikenali sebagai Les, ternyata menyentuh hati ramai warganet.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian tersebut, Astro AWANI menghubungi Les, 50, yang kini menguruskan stesen minyak Caltex cawangan tersebut (di bawah syarikat Hong Brothers Service Station) sejak tiga tahun lalu selepas pemergian bapa mertuanya.
Dalam kejadian pada 2 Januari lalu, Les berkata seorang lelaki – yang digambarkan dalam keadaan sedih dan tidak terurus datang ke stesen minyaknya bagi memohon pekerjaan.
Kebetulan ketika itu, Les juga sedang mencari pekerja sambilan sebagai pencuci kereta di stesen minyak berkenaan bagi menggantikan kakitangannya yang sedang bercuti sakit.
Selepas ‘suai kenal’, Les memutuskan untuk mengupah pemuda yang dikenali sebagai Mohd Suffian, 40, dan memaklumkan dia boleh mula bekerja pada Isnin (4 Januari).
Namun, melihat penampilan pemuda itu – Les berkata beliau mengesyaki seolah-olah ada sesuatu yang dipendam oleh Mohd Suffian.
“Saya tanya kamu nak pergi mana selepas ini? Dia kata nak balik stesen bas… Saya kata kenapa pergi sana, kamu tinggal sana?
“Dia kata, ‘saya tiada tempat tinggal dan tidur di stesen bas…’ Saya terkejut (selepas mendengar perkara itu), dan saya tidak boleh suruh dia balik ke stesen bas.
“Saya minta dia mula bekerja hari ini (2 Januari), dan dia juga belum makan lagi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Lebih menyentuh hati, ketika Les meminta kad pengenalan Mohd Suffian untuk urusan dokumen pekerjaan, beliau sempat melihat hanya duit kertas RM1 sahaja berada di dalam dompet lelaki yang berasal dari Beaufort, Sabah itu.
“Jadi, saya rasa kalau dia tak bekerja, sudah berapa hari dia tak makan? Apabila dia keluarkan kad pengenalan, saya nampak dalam dompetnya hanya tinggal RM1.
“Jadi, saya fikir kalau suruh dia balik sekarang, (dengan hanya berbekal) RM1 itu, memang tak boleh buat apa, mahu tunggu hari Isnin? Dia kena tidur sana (stesen bas) dan mungkin hari Isnin itu dia tak akan datang atau sesuatu akan terjadi kepadanya,” kongsi Les lagi.
Bercerita lebih lanjut, Les berkata sebelum ini Mohd Suffian pernah bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur dan di sebuah gerai, namun kehilangan pekerjaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mohd Suffian berhasrat mencari rezeki di Pulau Pinang, namun terpaksa membatalkan niatnya kerana kekangan kewangan.
“Dia (Mohd Suffian) kata sudah sampai Melaka dua, tiga hari (sebelum 2 Januari)… Dia nak pergi tempat lain untuk cari kerja, tetapi dia hanya cukup duit untuk beli tiket bas ke Melaka sahaja. Jadi, dia pilih datang ke Melaka.
“Saya terus bayar duit sewa untuk bilik, dan beritahu dia hari ini you tak payah lagi tidur di stesen bas. Saya suruh datang kerja dan bagi dia sikit duit belanja untuk makan,” katanya sambil menambah Mohd Suffian menyewa bilik bersama seorang lagi kakitangannya.
Ditanya kenapa beliau nekad membantu Mohd Suffian, Les berkata, beliau pernah merasai pengalaman dan keperitan sama apabila tidak mempunyai tempat untuk tidur.
Isteri Les turut memberikan pakaian anak mereka untuk dipakai oleh Mohd Suffian sementara mereka membeli pakaian baharu.
Ketika ini, beberapa individu turut tampil membantu Mohd Suffian termasuk membelikan kasut kerja.
Apa yang mengagumkan, walaupun perniagaan Les juga terkesan akibat COVID-19, namun beliau tekad memastikan sembilan kakitangannya tidak kehilangan sumber pendapatan.
Selain menguruskan stesen minyak, Les menampung kos perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan mencuci kenderaan dan menjual buah-buahan di stesen minyak berkenaan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Hasimi Muhamad
Sat Jan 23 2021
Les (kiri) membeli tilam baharu untuk Mohd Suffian (kanan) bagi memastikan keselesaan pemuda itu - Gambar ihsan Lee Chee Seng
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.
Permohonan nikah di Siam meningkat dua kali ganda
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun.