awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anak mangsa LPT2 belum ketahui pemergian ibu dan dua adik beradik mereka

Bernama
Bernama
13/12/2016
13:29 MYT
Tiga anak mangsa LPT2 belum ketahui pemergian ibu dan dua adik beradik mereka
AZIRUDDIN: Anggota keluarga masih mencari peluang untuk memberitahu tapi masa yang sesuai belum kerana semua masih trauma.- foto BERNAMA
Tiga anak-anak mangsa kemalangan di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) Ahad lepas masih belum mengetahui bahawa ibu dan dua adik beradik mereka telah meninggal dunia.
Mohd Aziruddin Majid, adik ipar Mahani Ngah yang meninggal dunia bersama lima yang lain, berkata anggota keluarga masih menunggu masa sesuai untuk memberitahu berita duka itu.
Katanya, suami Mahani iaitu Ahmad Nasal Abd Rahman, 52, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) semasa kemalangan maut itu, juga masih trauma dan bersedih dengan kejadian yang menimpa secara tiba-tiba itu.
"Kami (anggota keluarga) masih mencari peluang untuk memberitahu tapi masa yang sesuai belum dapat. Semua masih trauma namun kami akan terus menyokong dan membantu anak-anak ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tambah Mohd Aziruddin, kesemua mangsa yang cedera telah stabil dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Ahmad Nasal, seorang guru dilaporkan telah dibenarkan keluar daripada Hospital Kemaman selepas menerima rawatan sejak hari kejadian manakala Quratul Ain, 14, yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki telah sedar setelah keluar daripada dewan bedah pukul 4 pagi tadi.
Ahmad Shakir, 12, pula hanya mengalami sakit-sakit di badan akibat kemalangan itu.
"Ahmad Mukriz (tiga tahun) hanya mengalami luka di bahagian luar badan sahaja. Kesemua anak-anak Ahmad Nasal (Quratul Ain, Ahmad Shakir dan Ahmad Mukhriz) ini semakin pulih," katanya.
Kemalangan ngeri yang membabitkan 10 anggota keluarga itu berlaku selepas susur tol Chukai, kira-kira pukul 6 petang selepas MPV jenis Hyundai Starex yang dipandu Ahmad Nasal hilang kawalan ekoran satu tayar hadapan pancit lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar tiang hadapan.
Selain isteri dan dua anak Ahmad Nasal (Quratulnisa, 11 dan Ahmad Nijat,9), turut meninggal dunia ialah abangnya iaitu Ahmad Razif Abdul Rahman, 63 bersama isteri Pauziyah Awang, 56 serta cucu mereka Sofea Adriana Shahruddin, 7. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Kuala Terengganu
#LPT2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan