LANGKAWI: Dua lelaki dan seorang wanita yang juga ahli sebuah kumpulan pemuzik jalanan (busker) ditahan atas kesalahan memiliki pokok ganja dan mengambil ganja.
Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di Kampung Lembu dekat Kedawang sekitar jam 1.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek, anggotanya menemukan sebuah beg berwarna hijau.
“Sebaik dibuka di dalamnya mengandungi 17 peket plastik lut sinar masing-masing berisi ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 178.14 gram.
“Pemeriksaan lanjut turut menjumpai tiga pokok ganja yang ditanam di dalam pasu di hadapan rumah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shariman berkata, hasil geledahan di dalam rumah itu turut menemukan peralatan dipercayai untuk menghisap ganja dan alat menimbang digital di atas lantai ruang tamu rumah terbabit.
Dua suspek lelaki masing-masing berusia 24 dan 26 tahun serta wanita berusia 25 tahun itu ditahan serta kesemua barangan rampasan di bawa ke IPD Langkawi untuk siasatan lanjut.
Hasil ujian air kencing kemudiannya mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis ganja.
Hasil siasatan ketiga-tiga suspek kumpulan muzik busker yang aktif di pulau ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 6B (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Aug 19 2022
Hasil geledahan di dalam rumah itu turut menemukan peralatan dipercayai untuk menghisap ganja dan alat menimbang digital di atas lantai ruang tamu rumah terbabit. - Foto PDRM
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Perdana Menteri bertindak berani, gesa negara Arab, Islam usir Israel dari PBB
Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim dunia mesti menghukum dan menghalang pelanggaran berulang Israel terhadap undang-undang dan norma antarabangsa.
Indonesia beri pengampunan 6 bulan kepada peniaga
Kabinet baharu Indonesia tampil dengan inisiatif untuk membantu peniaga yang melakukan pinjaman penuh dengan memberi 'pengampunan' kepada mereka selama enam bulan sehingga Mei 2025.
Tumpuan Selasa – 12 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (11 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah
Seorang lelaki warga Singapura berusia 37 tahun didakwa di Mahkamah pada Isnin atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang paderi di Gereja St Joseph di Bukit Timah.
Basnayake Keith Spencer, 37, yang hadir di mahkamah melalui pautan video tidak diwakili peguam, menurut The Straits Times (ST).
Basnayake Keith Spencer, 37, yang hadir di mahkamah melalui pautan video tidak diwakili peguam, menurut The Straits Times (ST).
Kremlin nafi perbualan Putin dengan Trump
Bagaimanapun, Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menafikan perbualan itu berlaku dan memaklumkan belum ada perancangan Putin untuk menghubungi Trump.
Lubnan-Israel: Belum terima cadangan rasmi daripada Israel
Menurut Ketua jurucakap Hezbollah, Mohammed Afif, setakat ini, perbincangan masih berada pada fasa awal namun kekal bersedia untuk berjuang dalam jangka masa panjang jika diperlukan.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
Pemakaman Ratu Elizabeth II: Larangan 'busking' buat pemuzik jalanan mengeluh
Semua bentuk hiburan termasuk kelab malam dan perlawanan bola sepak utama telah dibatalkan semasa negara itu berkabung.
Busker sambut baik kebenaran kerajaan berkarya dalam normal baharu
Golongan busker atau pemuzik jalanan turut menerima berita gembira apabila dibenarkan menjalankan aktiviti mulai 10 Jun ini.