awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga bangunan di Perlis diwartakan sebagai tapak warisan

Bernama
Bernama
08/12/2021
06:21 MYT
Tiga bangunan di Perlis diwartakan sebagai tapak warisan
Istana Arau dan Bangunan SUK lama diwartakan pada 24 Februari 2011 manakala Masjid Alwi (gambar) diwartakan pada 2 Februari 2018. - Bernama
KANGAR: Tiga bangunan di Perlis iaitu Istana Arau, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) lama dan Masjid Alwi diwartakan sebagai tapak warisan setakat ini, yang perlu dipelihara dan dipulihara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Asmaiza Ahmad berkata, Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama kerajaan negeri mewartakan Istana Arau dan Bangunan SUK lama pada 24 Februari 2011 manakala Masjid Alwi diwartakan pada 2 Februari 2018.
"Ketiga-tiga bangunan ini sentiasa dijaga baik dan diselenggara secara berkala," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, hari ini
Beliau menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) yang ingin tahu usaha dan tindakan kerajaan negeri memelihara dan memulihara tapak sejarah serta prasejarah dalam negeri ini.
Asmaiza berkata kerajaan negeri sentiasa komited memastikan tapak sejarah dan prasejarah terus kekal terpelihara sekali gus memberi impak kepada industri pelancongan negara mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dalam melaporkan sebarang jumpaan yang mempunyai nilai warisan kepada pihak Jabatan Warisan Negara.
"Oleh itu, semua pihak harus memberi kerjasama erat bagi memelihara khazanah ini agar tiada pihak mengambil kesempatan dan menceroboh kawasan yang mempunyai nilai sejarah ini.
"Tempat sejarah dan prasejarah merupakan satu aset sangat berharga yang melambangkan identiti sesebuah negeri, latar belakang sejarah inilah yang akan membentuk wajah serta jati diri bangsa Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#Istana Arau
#tapak warisan
#Masjid Alwi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan