Skip to main content

Malaysia

Tiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - Ibu

Tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah dalam tragedi di Jalan Parit Haji Sirat, di sini. Dari kiri, Nor Daniel Aiman, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufal Raisya
Tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah dalam tragedi di Jalan Parit Haji Sirat, di sini. Dari kiri, Nor Daniel Aiman, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufal Raisya

Advertisement

Ringkasan AI

  • Tiga beradik maut dalam kemalangan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, pada jam 7 pagi Khamis.
  • Mangsa tetap ke sekolah walaupun ibu mereka sudah memaklumkan sekolah ditutup akibat jerebu di seluruh Johor.
  • Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas mendapati sekolah ditutup, hanya 200 meter dari rumah.

PONTIAN: “Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tapi mereka beria-ia nak pergi juga."

Demikian kata Julaiha Munaji, 43, ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pada kira-kira jam 7 pagi, Khamis.

Menurutnya, dia sudah memaklumkan kepada Nor Daniel Fikri Norlizan, 11 dan Puteri Naufal Raisya, 8, supaya tidak ke sekolah kerana sekolah di seluruh Johor ditutup kerana jerebu.

Bagaimanapun, kedua-duanya tetap berkeras mahu pergi dan abangnya Nor Daniel Aiman, 18, menghantar mereka ke sekolah pada sebelah pagi untuk membuktikan sekolah sememangnya ditutup.

“Bila sampai depan sekolah, saya dimaklumkan kamera litar tertutup (CCTV) sekolah rakam motosikal dinaiki mereka dan terus pusing nak balik ke rumah.

"Sekolah rendah dengan rumah cuma dua kilomoter. Ada orang yang hendak pergi kerja datang beritahu motosikal dinaiki anak saya kemalangan dekat depan rumah. Jaraknya cuma 200 meter.

"Suami dan anak sulung terus pergi ke tempat kejadian dan anak-anak kemudian dibawa ke hospital Pontian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Haji Siraj pada Khamis.

Julaiha, ibu kepada enam orang anak, memberitahu tiada perubahan pelik dilihat pada anak-anaknya dan mereka masih ceria seperti biasa sebelum keluar rumah.

“Fikri ada beritahu nak main bola. Dia siap basuh kasut bersih-bersih dan letak di situ sebab nak pakai nanti.

“Anak bongsu, Puteri pula buat kerja sekolah pada sebelah malam, kemudian sambung lagi pada sebelah siap,” katanya.

Jelas Julaiha, ketiga-tiga beradik itu sangat rapat dan malam sebelum kejadian mereka masih tidur bersama keluarga.

“Aiman jenis pendiam, tapi kalau dengan saya dia suka bergurau. Mereka semua rapat.

"Empat bulan lepas saya kemalangan selepas hantar anak ke sekolah. Aiman yang jugak anak ketiga banyak tolong saya, hantar adik-adik ke sekolah," ujarnya. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Siapakah mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Parit Haji Sirat? 
    A: Mangsa adalah tiga beradik iaitu Nor Daniel Fikri Norlizan, 11 tahun, Puteri Naufal Raisya, 8 tahun, dan abang mereka Nor Daniel Aiman, 18 tahun.
  • Q: Apakah punca tiga beradik tersebut keluar ke sekolah walaupun sekolah ditutup? 
    A: Mereka berkeras mahu pergi ke sekolah untuk membuktikan sekolah sememangnya ditutup walaupun ibu mereka sudah memaklumkan sekolah ditutup kerana jerebu.
  • Q: Bagaimana kemalangan itu berlaku? 
    A: Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mendapati sekolah ditutup, dan motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan lori kira-kira 200 meter dari rumah.
  • Q: Apakah tindakan keluarga selepas mengetahui kejadian kemalangan? 
    A: Suami dan anak sulung Julaiha terus ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke Hospital Pontian.
  • Q: Apakah keadaan anak-anak sebelum kejadian menurut ibu mereka? 
    A: Menurut Julaiha, tiada perubahan pelik pada anak-anaknya dan mereka masih ceria seperti biasa sebelum keluar rumah.

Must Watch Video

Advertisement