Tiga beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang membawa ais batu di Kilometer 55 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Badong di sini, pagi tadi.
Kejadian pukul 9.45 pagi itu menyebabkan Nor Hasidah Asbullah, 32, dan dua anaknya Nur Auni Athirah Kamaruddin, 8, dan Muhammad Iffat Rizqi, 2, kesemuanya beralamat di Kampung Betong, Ajil, Terengganu, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata kejadian berlaku ketika MPV jenis Perodua Alza yang dipandu suami Nor Hasidah, Kamaruddin Mohd Zin, 33, dari arah Johor Bahru, Johor sedang dalam perjalanan ke Terengganu.
"Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, Perodua Alza berkenaan dipercayai hilang kawalan dan berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan dalam keadaan melintang sebelum dilanggar lori.
"Akibat pertembungan itu, MPV berkenaan terjunam ke dalam parit. Ini menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata Kamaruddin dan seorang lagi anaknya Nur Syadni Syakirah, 3, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut.
"Pemandu lori Mohd Saiful Bahari Berahim, 32, dan kelindan Mohd Fazieran Rozinor, 32, turut mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya.
Amran berkata ketiga-tiga jenazah sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pekan di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Noraniza Kamsani
Tue Mar 26 2019

Akibat pertembungan, MPV itu terjunam ke dalam parit menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar. -Foto JBPM

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

e-Sukan | PUBG Mobile zahirkan sokongan terhadap atlet negara
Sebagai tanda sokongan terhadap atlet e-Sukan negara di Sukan SEA Hanoi, Tencent Games menganjurkan program acara melibatkan atlet berkenaan secara langsung. Pengurus Pemasaran PUBG Mobile, Adil Hisham berkata, program itu juga menjadi platform untuk menghimpunkan kesemua peminat e-Sukan.

Tiga beranak maut dalam nahas MPV dilanggar lori ais
Perodua Alza berkenaan dipercayai hilang kawalan dan berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan dalam keadaan melintang sebelum dilanggar lori.

Hujan ais batu di Australia: Netizen bertanya, kenapa bentuk kali ini aneh dan berbeza?
Ada pula yang mempunyai tekstur seperti rupa air yang mendidih dan berbuih, namun terus membeku dan mengeras di langit sebelum ia jatuh ke bumi.