ALOR GAJAH : Tiga beranak di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah di sini terpaksa meneruskan kehidupan dengan menumpang di sebuah stor kebun sejak lebih sebulan lalu.
Hasan Dahlan, 55, bersama isterinya, Rosminah Hasdawi, 54, serta anak bongsu berusia 18 tahun mendiami stor berkenaan selepas pemilik kebun itu bermurah hati memberi kebenaran setelah mereka terpaksa keluar dari rumah sewa kerana gagal menjelaskan bayaran bulanan.
Hasan yang menghidap buah pinggang kronik sejak Julai tahun lalu terpaksa menjalani dialisis setiap hari dan menyukarkannya untuk melakukan kerja-kerja berat seperti sebelum ini.
Menurut Hasan, dia dipilih sebagai sukarelawan masjid untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bagaimanapun bayaran bergantung kepada pihak berkenaan.
"Setakat ini, makan minum kami tiga beranak bergantung kepada ihsan penduduk setempat yang prihatin dengan nasib kami yang sering berpindah randah," katanya ketika menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Hameed Myhtheen Basheer di Paya Rumput di sini pada Jumaat.
Hasan berkata, anak bongsunya, Norsofiah juga berstatus orang kurang upaya (OKU) dan sering diserang sawan.
"Disebabkan penyakit ini, Norsofiah tidak dapat bersekolah," kata bapa kepada tiga anak ini.
Sementara itu, Hameed Myhtheen berkata, sebelum ini pihaknya telah membantu mendapatkan kad OKU untuk Norsofiah bagi membolehkan dia berdaftar di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdekatan.
"Malah permohonan bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah diluluskan dan akan disalurkan kepada Norsofiah bermula Januari depan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya akan melihat keperluan lain dan melihat status permohonan kewarganegaraan Hasan serta isterinya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 23 2022

Hasan bersama isteri dan anaknya yang menumpang teduh di sebuah stor kebun di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah pada Jumaat.- Sinar Harian
Anak perempuan Tommy Thomas cabar PM Australia
Anak perempuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah akan bertanding menentang Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan negara itu, pada 3 Mei ini.
Tarif AS: Tiada negara boleh tetapkan tarif perdagangan ikut kehendak mereka- Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat (AS) boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
Kerana wanita, dua kumpulan lelaki merusuh di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatakn dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bangsar, Jumaat lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemain perlu bersatu untuk cemerlang di Piala Sudirman 2025 - Hannah Yeoh
Kerjasama sepasukan merupakan elemen penting dalam mengangkat martabat skuad negara ke tahap lebih tinggi sekali gus menjadi kunci kejayaan pada saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China.

Taklimat awal PTTM 2025-2035 dikemukakan kepada perdana menteri - Zambry
Taklimat awal Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035) telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dilancarkan tahun ini.

Pemandu wanita mengaku tidak bersalah cuba bunuh pelajar UiTM
Seorang pemandu wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Oktober tahun lepas.

Melaka lancar TMM2.0 hujung tahun ini
Kerajaan negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) pada 31 Dis depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Warga emas OKU maut, anak dan cucu cedera dalam kebakaran
Mangsa ditemui terperangkap di dalam bilik tidur dan melecur sekitar 20 hingga 30 peratus.

Gadis OKU hilang selepas keluar bermain di taman permainan
Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas keluar bermain di taman permainan di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai.

Pemenang pingat Paralimpik 2024 dijangka terima ganjaran selepas Aidilfitri - MPM
Ganjaran wang tunai yang dijanjikan kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris dijangka diterima selepas sambutan perayaan Aidilfitri.

292 veteran ATM terima ganjaran hilang upaya
Pengorbanan veteran ATM dalam mempertahankan negara terus dihargai melalui inisiatif GHU yang disalurkan kepada 292 penerima dengan peruntukan berjumlah RM9.7 juta.

Sukan Olimpik Khas UAE perkukuh impak serantau dengan pungutan pingat terbanyak
Bermula pada awal 1990-an di bawah Persekutuan Sukan Orang Kurang Upaya UAE, ia berkembang menjadi satu gerakan nasional yang semakin kukuh.

PM Anwar prihatin, rumah pusaka keluarga di Permatang Pauh dibaik pulih
Seorang wanita yang menjaga dua abangnya yang uzur dan OKU menarik nafas lega apabila rumah mereka di Pekan Permatang Pauh, di sini yang usang sekali lagi mendapat perhatian Perdana Menteri.