awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga daerah di Johor dinaiki air

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2018
14:01 MYT
Tiga daerah di Johor dinaiki air
Air mulai naik di Mersing, Kota Tinggi dan Segamat. - Gambar Astro AWANI
Hujan lebat beberapa jam menyebabkan 234 penduduk daripada 63 keluarga di daerah Kota Tinggi, Mersing dan Segamat dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan Dan Pendidikan Negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata hujan lebat lebih dua jam menyebabkan enam pusat pemindahan di tiga daerah itu dibuka secara peringkat sejak 9 pagi tadi hingga 6 petang.
“Banjir di Mersing membabitkan kawasan air papan dan beberapa kampung termasuk Kampung Tanjung Genting, Tenglu Besar, Kelantan Dan Semanyir, Endau, Air Tawar serta Taman Nakhoda membabitkan 173 orang daripada 46 keluarga.
“Manakala banjir di Kota Tinggi membabitkan Kampung Bukit Raja dengan 10 orang daripada tiga keluarga dari kampung itu dipindahkan sementara Di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Isnin.
Enam pusat pemindahan yang dibuka adalah Balai Raya Taman Nakhoda, Mersing; Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, SK Tenglu, Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau.
Turut dijadikan pusat pemindahan adalah SK Telok Ramunia dan Balai Raya Taman Nakhoda.
Topic Berkaitan
#air
#balairaya
#banjir
#hujan
#Johor
#Kota Tinggi
#Mersing
#pusat pemindahan
#Segamat
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan