awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga dipercayai terbabit kes samun ditangkap di Klang

Bernama
Bernama
24/07/2020
16:11 MYT
Tiga dipercayai terbabit kes samun ditangkap di Klang
Polis memberkas tiga penjenayah yang dipercayai terlibat dengan kegiatan samun, dalam dua tangkapan berasingan sekitar Klang.
Polis memberkas tiga penjenayah yang dipercayai terlibat dengan kegiatan samun, dalam dua tangkapan berasingan sekitar Klang, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi berkata, dalam tangkapan pertama di Jalan Bandar Baru Klang, dua suspek termasuk seorang wanita yang masing-masing berusia 31 hingga 38 tahun, ditahan dalam kejadian kira-kira 2 pagi.
"Tangkapan pertama dibuat apabila sepasukan polis cuba membuat pemeriksaan, terhadap sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berada di tepi jalan tersebut, dalam keadaan mencurigakan.
"Bagaimanapun, sebaik pegawai dan anggota polis memperkenalkan diri, kenderaan suspek cuba dipandu laju dengan tujuan untuk melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, tindakan suspek itu menyebabkan dua buah kereta polis yang berada di hadapan dan belakang kenderaan suspek, telah dilanggar.
Katanya, susulan kejadian itu polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar depan dan belakang kenderaan suspek, bagi memberhentikan kenderaan berkenaan.
"Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek kita menemui dua peket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 5.31 gram, pelbagai alat yang digunakan untuk pecah masuk rumah, telefon bimbit, penutup muka hitam, serta peralatan menghisap dadah.
"Soal siasat ke atas dua suspek itu kemudiannya membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki berusia 30 tahun di Bandar Bukit Raja di sini, di mana suspek ini terlibat dalam kejadian cubaan samun di sebuah rumah, di Jalan Pokok Sakat, semalam," katanya.
Katanya, ketiga-tiga suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah dan samun.
Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Jalan Bandar Baru Klang
#jenayah
#Klang
#Polis Daerah Klang Selatan
#samun
#siasatan
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan