awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga gudang simpanan barang terpakai musnah terbakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/12/2023
22:00 MYT
Tiga gudang simpanan barang terpakai musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran itu dan punca serta kerugian masih dalam siasatan. - Foto JBPM
SUNGAI PETANI: Tiga gudang yang dijadikan tempat penyimpanan barangan terpakai seperti logam, wayar dan tembaga di Bukit Selambau, di sini musnah dalam kebakaran, pada Ahad malam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, kebakaran bermula jam 7.57 petang dan api berjaya dikawal jam 10 malam.
Beliau berkata, Pusat Kawalan Operasi (PGO) JBPM Kedah sudah menghubungi Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.
"Komander Operasi melaporkan, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah mematikan bekalan elektrik di kawasan gudang berkenaan untuk memudahkan operasi dilakukan.
"Operasi dibahagikan kepada empat sektor (4 gudang) iaitu sektor pertama, kedua, ketiga manakala sektor empat dimaklumkan tiada kemerebakan api berlaku.
"Pada mula kami dimaklumkan kebakaran membabitkan sebuah kilang namun hasil siasatan mendapati ia membabitkan tiga gudang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Wan Mohd Hamizi berkata, operasi pemadaman turut membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Sungai Petani, Kulim Hi-Tech dan Yan.
Selain itu, ia turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Selambau, PBS Jeniang, Semeling, Bedong, Sik, Gurun dan Kota Sarang Semut.
"Operasi pemadaman masih dilakukan ketika ini untuk memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya.
"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran itu dan punca serta kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, kebakaran turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya.
Topic Berkaitan
#kebakaran gudang
#JBPM
#Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan