awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga hilang kapal dagang terbalik di Kota Tinggi

Bernama
Bernama
25/12/2018
15:50 MYT
Tiga hilang kapal dagang terbalik di Kota Tinggi
Anggota maritim memeriksa keadaan mangsa yang dapat diselamatkan. - APMM
Enam kru selamat manakala tiga masih hilang apabila sebuah kapal dagang, MV Amanda terbalik dan karam di perairan Kota Tinggi, petang Selasa.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC Johor) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengaktifkan operasi carilamat (SAR) sejurus menerima maklumat laporan kejadian yang berlaku pada 2 petang di kedudukan 3.3 batu nautika timur Tanjung Sepang, Kota Tinggi itu.
"Berdasarkan maklumat kapten kapal, MV Amanda telah mengalami kerosakan pada jana kuasa dan menyebabkan wheel kapal tidak dapat berfungsi.
"Kapten kapal telah membuat full astern (undur penuh), namun, kapal tidak dapat berundur kerana ombak terlalu kuat," katanya menerusi kenyataan di sini malam Selasa.
Aminuddin berkata ombak menolak kapal tersebut sehingga bertembung dengan kapal lain lalu menyebabkan MV Amanda terbalik dan karam.
Beliau berkata bilangan kru MV Amanda dilaporkan seramai sembilan orang iaitu enam selamat manakala tiga masih hilang.
Menurut Aminuddin, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Pos Maritim Pengerang dekat Kota Tinggi bagi menyelaras usaha mencari mangsa yang masih hilang.
Katanya sebanyak tiga kapal dan sebuah bot daripada Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin telah berada di lokasi kejadian bagi operasi SAR tersebut.
Sementara itu, Aminuddin dijangka mengadakan sidang media berhubung perkembangan kejadian itu di PHC Pos Maritim Pengerang, 10 pagi Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak kapal
#kapal dagang
#Kota Tinggi
#MV Amanda
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan