awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kanak-kanak rentung di Semporna

Bernama
Bernama
16/04/2018
01:34 MYT
Tiga kanak-kanak rentung di Semporna
Mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Emang, 5 tahun, dan Botak, 3, serta seorang kanak-kanak perempuan iaitu Puangsa, 5. - Gambar hiasan
Tiga kanak-kanak rentung selepas terperangkap dalam sebuah rumah kayu yang 95 peratus terbakar di Kampung Pegagau dekat sini, malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah dalam kenyataan berkata mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Emang, 5 tahun, dan Botak, 3, serta seorang kanak-kanak perempuan iaitu Puangsa, 5.
"Balai Bomba dan Penyelamat Semporna menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 mengenai kebakaran itu pada 7.47 malam, dan bergegas ke lokasi kejadian sejauh 23 kilometer dari balai dengan menggunakan dua jentera yang diketuai Ketua Balai, Fazizul Hizam Borhan bersama 10 anggota," kata kenyataan itu di sini, hari ini.
Menurut kenyataan itu, operasi memadam kebakaran itu tamat sepenuhnya pada 9.43 malam dan kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan, kata kenyataan tersebut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bomba
#Kanak-kanak
#kebakaran
#rumah terbakar
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan