awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kapal OPV masih dalam pembinaan - Maritim Malaysia

Bernama
Bernama
13/09/2022
03:10 MYT
Tiga kapal OPV masih dalam pembinaan - Maritim Malaysia
Mohd Zubil berkata kapal OPV 1 yang dijadual dilancarkan ke air pada hari ini masih gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) yang sepatutnya diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2020 masih dalam pembinaan, demikian menurut Maritim Malaysia hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam satu kenyataan hari ini berkata kapal OPV itu sedang dibina oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.
"Pandemik COVID-19 yang melanda negara sebelum ini turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal-kapal tersebut kepada Maritim Malaysia," katanya mengenai status semasa pembinaan OPV Maritim Malaysia.
Beliau berkata kapal OPV 1 yang dijadual dilancarkan ke air pada hari ini (13 Sept) masih gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.
Menurut Mohd Zubil, pihak syarikat akan mengubah cara pelancaran daripada 'Launching Cradle' kepada sistem pelancaran 'Air Balloon' yang dijangka dilakukan pada 10 Okt depan.
"Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan jika pelancaran ini dapat direalisasikan pada tarikh tersebut, besar kemungkinan kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia pada awal 2023," katanya.
BACA: Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
BACA: Selepas LCS, kini status kapal OPV APMM pula jadi tanda tanya
Mohd Zubil berkata kapal OPV 2 dan OPV 3 pula akan diserahkan secara berperingkat.
"Adalah besar harapan agensi ini agar ketiga-tiga kapal dapat disiapkan dan diserahkan kepada Maritim Malaysia dengan kadar segera walaupun ia telah dua tahun melewati dari tarikh asal penyerahan.
"Ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan oleh Maritim Malaysia pada masa kini bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal OPV
#Mohd Zubil Mat Som
#Maritim Malaysia
#THHE Destini Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan