awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kes import baharu di Sarawak termasuk jururawat pulang dari Mekah

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
29/09/2020
09:40 MYT
Tiga kes import baharu di Sarawak termasuk jururawat pulang dari Mekah
Ketiga-tiga kes terbabit diklasifikasikan sebagai kes import, kata kenyataan JPBN Sarawak pada Selasa. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Terdapat pertambahan tiga kes positif COVID-19 di Sarawak pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa virus berkenaan meningkat kepada 709 orang sehingga kini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes pertama melibatkan seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital di Mekah, Arab Saudi.
"Mangsa terbang ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh dan tiba di ibu negara pada 25 September.
"Sebelum meneruskan perjalanan pada hari yang sama ke Kuching, mangsa telah menjalani ujian saringan Rt-Antigen, dengan keputusannya adalah negatif.
"Bagaimanapun, ujian saringan rT-PCR yang dijalankan di Kuching pada hari kedua ketika mangsa menjalani kuarantin didapati positif COVID-19,"kata kenyataan itu.
Selain itu, dua kes lain melibatkan suami isteri warga Myanmar yang tiba dari Yangon.
"Mereka pulang ke negara asal sejak 25 Februari lalu. Mereka telah diarahkan menjalani kuarantin 14 hari di Kuala Lumpur dan diambil sampel di bawah saringan ujian rT-PCR. Keputusan ketika itu adalah negatif.
Namun, ujian rT-PCR hari kedua yang dijalankan sejurus ketibaan mereka di Kuching pada 26 September mendapati kedua-dua mangsa positif COVID-19,"katanya.
Ketiga-tiga kes terbabit diklasifikasikan sebagai kes import, kata kenyataan itu.
Sementara itu, tiada kluster yang dilaporkan aktif di negeri ini dengan daerah Kuching dan Lawas masih dikategorikan sebagai zon kuning.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#Astro Awani
#COVID-19
#Sarawak
#JPBNS
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan