Tiga kru terperangkap dalam bot tunda terdampar berjaya diselamatkan

Anggota penyelamat membantu menyelamatkan kru bot yang terperangkap di dalam bot tunda yang terdampar di sekitar kawasan pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Batu Rakit, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Tiga daripada enam warga Indonesia yang terperangkap dalam bot tunda terdampar di Pantai Batu Rakit di sini berjaya diselamatkan kira-kira 6.20 petang tadi.
Ringkasan AI
- Tiga daripada enam warga Indonesia yang terperangkap dalam bot tunda di Pantai Batu Rakit berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat petang tadi.
- Penyelamat menggunakan kaedah tali yang dipasang pada bot dan diikat pada batu benteng pemecah ombak untuk menarik bot ke tepi pantai.
- Enam kru warga Indonesia yang diselamatkan kini di Balai Polis Batu Rakit dan akan diuruskan untuk perjalanan pulang selepas kapal tunda terperangkap dalam tugasan menunda muatan pasir dari Thailand ke Singapura.
"Pihak bomba dan kontraktor mengambil masa sekitar satu jam setengah untuk menarik bot ke tepi pantai dan menyelamatkan mangsa menggunakan tali yang dipasang pada bot, bagi membolehkan mereka bergayut keluar ke darat.
"Kebimbangan kami ialah sekiranya mereka terjatuh ketika bergayut keluar kerana ombak sangat besar tetapi alhamdulillah semua mangsa berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata enam kru warga Indonesia termasuk tiga lagi yang berjaya diselamatkan awal petang tadi kini berada di Balai Polis Batu Rakit di sini untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata pihak majikan enam warga Indonesia yang berusia antara 20 hingga 38 tahun itu telah dimaklumkan untuk mengendalikan urusan perjalanan pulang.
"Kesemua mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit yang sah.
"Difahamkan kapal tunda itu dalam perjalanan menunda sebuah tongkang yang membawa muatan pasir dari Songhkla, Thailand ke Punggol, Singapura.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


