awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi jenazah rakyat Malaysia mungkin dibawa pulang Ahad ini

Bernama
Bernama
22/08/2014
13:38 MYT
Tiga lagi jenazah rakyat Malaysia mungkin dibawa pulang Ahad ini
LIOW: Ketika ini hanya dua jenazah yang telah mendapat pelepasan pulang. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga lagi jenazah warganegara Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 mungkin dibawa pulang ke tanah air Ahad ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata setakat ini hanya dua jenazah telah mendapat pelepasan pulang manakala satu lagi masih menunggu pengesahan pihak berkuasa Belanda.
"Ketika ini disahkan dua mayat, satu Islam dan satu lagi bukan Islam.
Diharapkan tiga mayat itu akan tiba pagi Ahad ini, tetapi akan disahkan esok.
"Jenazah satu lagi masih kena diselesaikan pendokumentasi dan harap dipercepatkan supaya boleh dibawa balik Ahad ini," katanya pada sidang media di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi dekat sini hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan.
Liow berkata senarai nama penumpang dan maklumat lanjut berhubung penghantaran pulang jenazah tersebut akan diumumkan kepada media esok.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah melewat-lewatkan urusan membawa pulang jenazah mangsa nahas MH17 namun proses pelepasan perlu melalui pelbagai peringkat dan mengambil masa.
Liow berkata ini kerana pelbagai ujian padanan, DNA dan bedah siasat perlu dilakukan sebelum mayat mangsa diserahkan bagi tujuan pengurusan jenazah serta proses penghantaran pulang ke tanah air.
Selepas sidang media itu, Liow turut meluangkan masa memberikan penghormatan terakhir kepada empat jenazah bukan Islam mangsa nahas MH17 yang melalui upacara keagamaan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi.
Empat jenazah itu ialah Foo Ming Lee, Ng Qing Zheng dan pasangan suami isteri Mabel Anthony Samy dan Paul Rajasingam Sivagnanam.
Topic Berkaitan
#Belanda
#jenazah
#Liow Tiong Lai
#mangsa
#MAS
#MH17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan