awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki didakwa sembunyi wang pelaburan RM2.8 juta

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
20/10/2021
10:32 MYT
Tiga lelaki didakwa sembunyi wang pelaburan RM2.8 juta
Kesemua mereka didakwa dengan tidak jujur menyembunyikan wang kepunyaan seorang individu yang dipindahkan ke akaun bank peribadi dan syarikat milik ketiga-tiga tertuduh. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini, atas dakwaan menyembunyikan duit orang lain menerusi syarikat pelaburan tidak wujud berjumlah RM2.8 juta.
Ng Kai Seng, 26; On Hui Lin, 34; dan Low Kheh Sheng, 24, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua 27 pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah dan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari.
Kai Seng didakwa atas 10 pertuduhan, Hui Lin (16) manakala Kheh Sheng (satu).
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan tidak jujur menyembunyikan wang kepunyaan seorang individu yang dipindahkan ke akaun bank peribadi dan syarikat milik ketiga-tiga tertuduh.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara bulan Mei hingga Jun lalu di Pelindung Heights, Kuantan.
Ketiga-tiga lelaki berkenaan masing-masing didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah menetapkan ikat jamin ketiga-tiga tertuduh keseluruhannya berjumlah RM57,000 dan sebutan semula kes pada 17 November.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azrin Wan Zaid manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#pelaburan tidak wujud
#mahkamah
#Kuantan
#penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan