JERTIH: Tiga lelaki dikhuatiri sesat selepas gagal turun ke kaki gunung ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Tebu di Jabi, dekat sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Azrol Anuar Nor berkata, pendaki berusia 23 hingga 33 tahun itu dikatakan keluar dari rumah masing-masing di Kuala Terengganu pada Khamis lepas.
"Polis menerima maklumat berkaitan tiga lelaki tersesat di hutan Gunung Tebu daripada salah seorang ibu mereka pada 12.50 tengah hari semalam.
"Wanita itu menyedari kejadian itu setelah dihubungi oleh anaknya semalam melalui telefon bimbit memberitahu dia dan rakannya tersesat di Gunung Tebu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya susulan itu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan pada 3.30 petang pada hari sama.
Bagaimanapun, Azrol Anuar berkata operasi SAR ditangguhkan pada 6 petang semalam berikutan keadaan cuaca yang hujan dan hari semakin gelap.
Katanya, operasi pencarian yang membabitkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan malim gunung itu disambung 8 pagi hari ini.
"Bagi melancarkan operasi SAR, kaki gunung tersebut iaitu Hutan Lipur Lata Belatan ditutup sementara kepada pengunjung mulai hari ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Tiga lelaki dikhuatiri sesat selepas gagal turun ke kaki gunung ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Tebu di Jabi, Jertih, semalam. - Gambar SINAR HARIAN
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga lelaki dikhuatiri sesat di Gunung Tebu
Pendaki berusia 23 hingga 33 tahun itu dikatakan keluar dari rumah masing-masing di Kuala Terengganu pada Khamis lepas.