JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki hari ini bagi membantu siasatan kejadian rusuhan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi diterbalikkan oleh sekumpulan individu di sebuah stesen minyak di Kota Masai, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kesemua yang berusia 17 hingga 24 tahun ditahan berasingan antara 10.45 pagi hingga 12 tengah hari tadi di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai.
Beliau berkata kekecohan pada 9.40 malam itu dipercayai berpunca daripada kemalangan antara pemandu Perodua Myvi tersebut iaitu lelaki berusia 21 tahun dengan sebuah motosikal ditunggang lelaki penghantar makanan berusia 21 tahun.
Menurut Mohd Sohaimi kedua-duanya cedera namun berada dalam keadaan stabil.
"Selepas kejadian (kemalangan), kereta mangsa telah dirosakkan dan diterbalikkan oleh sekumpulan individu tidak dikenali bagaimanapun, kita masih menyiasat punca kejadian rusuhan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta polis sedang giat mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu.
Terdahulu, tular beberapa rakaman video menerusi aplikasi TikTok dan Facebook memaparkan kekecohan berlaku di stesen minyak itu dan sekumpulan individu dilihat menterbalikkan Perodua Myvi tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022

Supt Mohd Sohaimi berkata, kekecohan itu dipercayai berpunca daripada kemalangan antara pemandu Myvi dengan sebuah motosikal ditunggang lelaki penghantar makanan. - Gambar fail

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Digitalisasi dalam perniagaan baiki telefon bimbit
Bermula dengan membaiki telefon bimbit dari rumah namun sehinggalah berjaya memiliki kedai membaiki telefon pintarnya sendiri. Berkongsi kisahnya, Mohd Shahir Abdul Majid, 32 tahun dari Bandar Perda Bukit Mertajam berkata, dia memulakan khidmat membaiki telefon pintar di rumah pada 2015 bagi menampung kos sara hidup.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Polis siasat pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama
IPD Petaling Jaya tidak pernah membenarkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di mana-mana premis atau tempat pada bila-bila masa sekalipun.

Pemilik kedai aksesori kereta buat laporan palsu konon dipecah masuk
Lelaki berusia 39 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada 1.09 tengah hari Jumaat lepas.

Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

KPN jamin siasatan telus kes bunuh di Tawau
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kes bunuh di Tawau, Sabah yang dipercayai melibatkan pegawai dan anggotanya akan dibuat secara telus.

Polis siasat video lelaki pukul wanita
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang lelaki memukul seorang wanita yang didakwa berlaku di daerah ini agar tampil bagi membantu siasatan.

Isteri ditahan disyaki larikan RM520,000 wang perniagaan suami
Suspek berusia 35 tahun itu diberkas susulan laporan polis oleh suaminya yang mendakwa wang tunai dalam peti besi simpanannya hilang.