BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah membabitkan wang hasil jualan produk sebuah syarikat menjual cecair dan peralatan vape yang bernilai RM505,674, di sini baru-baru ini.
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan di laman Facebooknya, memaklumkan suspek berusia 22 hingga 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Bayan Lepas dan Georgetown serta Gelugor, dekat sini semalam.
"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada syarikat vape tersebut berhubung berlaku kes pecah amanah dengan mengambil wang hasil jualan produk syarikat sebanyak 28,093 botol vape yang bernilai RM505,674 melalui transaksi akaun bank persendirian.
"Pihak polis kemudiannya menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan tiga lelaki itu semalam, hasil risikan serta intipan yang dijalankan, mereka kini direman," menurut kenyataan itu.
Siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut sedang giat dijalankan dan kes disiasat menurut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam perkembangan kes lain polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun dan seorang lelaki berumur 30 tahun semalam kerana dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM61,946.60
Katanya berdasarkan siasatan, kedua-dua disyaki menjadi 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan dalam urusan tawaran kerja sambilan melalui laman jualan Zalora dan urusan jual beli pakaian yang diiklankan melalui Facebook.
"Mereka ditahan secara berasingan di Jelutong dan Bayan Lepas, siasatan polis mendapati suspek itu terlibat dalam kes penipuan yang dilaporkan pada 2022 dan tahun ini. Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah antara RM7,234 sehingga RM61,946.60," katanya.
Beliau berkata kedua-dua mereka kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menasihatkan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau boleh memuat turun di Aplikasi Google Store Semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Suspek berusia 22 hingga 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Bayan Lepas dan Georgetown serta Gelugor. - Gambar FB Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.