awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan

Bernama
Bernama
27/06/2024
12:30 MYT
Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan
APMM) Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang pada 8.32 malam semalam. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang dekat sini pada 8.32 malam semalam.
Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata nelayan asing itu ditahan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan pada kedudukan 5.8 batu nautika barat daya muara Sungai Tengi oleh pasukan maritim yang melakukan rondaan di perairan tersebut.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua kru warga Myanmar berumur lingkungan 30 hingga 38 tahun.
"Pemeriksaan lanjut mendapati tekong dan kru tidak mempunyai dokuman pengenalan diri yang sah selain bot beroperasi kurang daripada lapan batu nautika dari daratan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Muhaimin berkata semua kru bersama bot dan hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.
Menurutnya kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan di zon larangan serta menggajikan warga asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM Selangor
#Maritim Malaysia
#Tahan
#Myanmar
#bot nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan