awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga mati lemas ketika berkelah

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2013
23:03 MYT
Tiga mati lemas ketika berkelah
Perkelahan keluarga bertukar tragedi selepas tiga termasuk seorang kanak kanak mati lemas di Pantai Chendering, Kuala Terengganu pada petang Jumaat.
Semua mayat mangsa dikeluarkan selepas pasukan penyelamat dengan enam anggota dikerahkan ke tempat kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Adam Daniel Mohd Hafiz, 7, bapanya, Mohd Hafiz Harun, 32, dan bapa saudara, Saifuddin Harun, 46.
Kejadian dipercayai berlaku selepas Adam dikatakan lemas ketika sedang mandi di pantai berkenaan.
Dua lagi mangsa yang cuba menyelamatkannya turut hilang dibawa arus.
Dalam pada itu, salah seorang saudara yang turut membantu usaha menyelamatkan mangsa turut hampir lemas.
Ketua bomba dan penyelamat daerah Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohd Kassim mengesahkan kejadian.
Mayat ketiga-tiga mangsa dikebumikan pada pagi Sabtu selepas bedah siasat dijalankan di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Ikuti video pengalaman cemas kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#lemas
#mayat
#Pantai Chendering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan