NATIONAL
Tiga maut kemalangan babit empat kenderaan

Satu kemalangan maut membabitkan empat kenderaan berlaku di Kilometer 58.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Kluang lewat malam tadi. - Foto JBPM Johor
KLUANG: Sekurang-kurangnya tiga mangsa dipercayai maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini lewat malam tadi.
Kemalangan pada jam 11.48 malam itu turut mengakibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler terbakar.
Selain tiga mangsa maut, tujuh individu mengalami kecederaan dan tiga yang lain dilaporkan terselamat.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Nizar Mamun mengesahkan terdapat mangsa yang maut, namun butiran lanjut mengenai kejadian kerana operasi masih dilakukan. Menurutnya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan MPV Honda Stepwagon dan treler.
"Kemalangan juga membabitkan Toyota Camry dan Proton X50.
"Tiga mangsa dalam Toyota Camry terselamat tanpa kecederaan, sementara seorang lelaki dan seorang wanita dewasa dalam Proton X50 mengalami kecederaan.
Pemandu treler, seorang lelaki dewasa, turut cedera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto JBPM Johor
Nizar berkata, maklumat awal mendapati tiga mangsa dalam Toyota Camry selamat, sementara seorang lelaki dan seorang perempuan dalam Proton X50 cedera.
"Seorang lelaki dalam treler juga cedera. MPV Honda Stepwagon pula membawa seorang lelaki, empat perempuan, serta dua kanak-kanak, membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan (butiran lanjut keadaan mangsa masih dalam siasatan)," katanya
Jelas beliau, operasi membabitkan 13 anggota bersama tiga jentera, LFRT, FRT, dan EMRS.

Foto JBPM Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami