awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2023
12:10 MYT
Tiga maut nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
Kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Bezza, Volkswagen dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA TINGGI: Tiga individu maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 50.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala Bandar Penawar di sini pada Sabtu.
Mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian dikenali sebagai Iqbal Faiz Mat Sah, 20, Nurul Afrahrina Sazali, 19 dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan I, Izwani Abd Hamid berkata, laporan awal kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Bezza, Volkswagen dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova diterima pada jam 1.43 tengah hari.
Menurutnya, enam anggota dari BBP Bandar Penawar dan sembilan anggota dari BBP Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang yang tersepit menggunakan peralatan khas.
"Tiga mangsa di dalam kereta Perodua Bezza telah disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi mangsa berusia 19 tahun cedera ringan.
"Selain itu, empat mangsa berusia 11 hingga 51 tahun dalam Toyota Innova mengalami cedera ringan, manakala pemandu Volkswagen berusia 50 tahun, dilaporkan selamat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, mangsa yang cedera dihantar ke hospital dan operasi ditamatkan pada jam 3.50 petang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#tiga maut
#Kota Tinggi
#Lebuhraya Senai-Desaru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan